Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Friday, July 06, 2012

Red Velvet Cake

All pics by my son, Ridzwan Hafidz Rosli. Please visit his website. http://www.matboyot.com

Bahan & Cara :

1. Panaskan oven dan susun soufle' cup / cupcakes cup ke dulang pembakar.

2. Ayakkan 2 kali bahan-bahan ini,
270 cake flour
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp baking powder
3 tbsp cocoa powder



3. Pukul bahan-bahan ini, mulakan dengan castor sugar dan telur dan kemudian masukkan bahan-bahan lain satu persatu.

3 eggs
320 gm castor sugar
250 ml milk
250 ml sunflower oi
1 tsp white vinegar
1 tsp vanilla essence


Tak perlu pukul hingga kembang cuma adunkan hingga semua bersatu, cukup.

4. Bila semua dah okay, masukkan satu sudu besar pewarna merah. Kacau hingga warna rata.



5. Dah rata, masukkan tepung yg diayak pada step 2 tadi. Kacau dengan spatula/senduk kayu hingga adunan rata.



6. Masukkan dalam cups tadi 2/3 penuh dan bakar selama lebih kurang 25 mins. (depends on your oven, sila adjust)


7. Hias ikut suka.




Sila tengok blog Hafidz, untuk cadangan menghias dan cara membuat cheese topping.





Friday, September 26, 2008

Mama Fami's HAW FLAKES LAYERED CAKE



Ingredients :

250g butter
1 1/4 cup castor sugar
7 eggs
1 teaspoon vanilla essence
1 packet Cream Crackers biscuit
1/2 cup condensed milk
1/2 cup fresh milk
4 packets Haw Flakes
coloring of your choice

Method :
1. Get your steamer ready.

2. Blend the cream crakers biscuit to powder form.

3. Grease well your baking tin.

4. Beat butter and sugar till light and creamy.

5. Add in eggs, one at a time and continue beating.

6. Add in vanilla essence, then condensed milk and fresh milk. Mix well.

7. Add in the blended cream crackers biscuits a little at a time till you get the right consistency (cake consistency, not too runny and not too thick).

8. Divide the mixture into small bowls, according to how many color you wish to make. Put a bit of coloring into the mixture and stir well.

9. Scoop about 4 tablespoons of mixture of one color and spread evenly on the greased baking tin.

10. Steam for about 10 minutes or till the layer is cooked.

11. Remove from steamer, arrange the Haw Flakes on that cooked layer. Cover with another 4 tablespoons of different color mixture. Steam like in step # 10.

12. Repeat step # 11 until all the mixture are finished.

13. After the final layer is cooked, bake in the oven for about 10 minutes in medium heat so that the cake will keep longer.

Friday, September 05, 2008

Kek Masam Manis (Haw Par Flakes)

Bahan-Bahan:
9 biji telur (asingkan)
300 gm gula halus
250 gm mentega
¾ tin susu pekat
1 camca teh esen vanila
280 gm biskut marie atau serbuk roti, dikisar halus
1 camca teh serbuk penaik
Sedikit pewarna hijau
Kepingan asam manis(haw par flakes) secukupnya

Cara:
Pukul putih telur hingga putih. Masukkan gula. Masukkan kuning telur dan putar sebati. Ketepikan.

Di dalam bekas lain kacau mentega bersama susu pekat hingga rata dengan menggunakan sudip kayu. Masukkan esen vanila dan bancuhan mentega ke dalam adunan telur. Putar rata.

Kemudian masukkan serbuk roti/biskut ke dalam adunan telur. Putar sebati. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian warnakan hijau dan satu lagi biarkan warna biasa.

Lapiskan bahagian warna hijau di dalam tin pembakar. Bakar hingga masak. Apabila lapisan kek masak, tekan supaya rata. Susun kepingan asam manis pada permukaan kek. Kemudian ratakan bahagian berwarna biasa. Bakar hingga masak. Ulangi hingga habis adunan.

Thursday, November 16, 2006

Kek Cokelat Kukus


(Satu Adunan, 2 kek)

Kek Cokelat ni sangat moist dan senang buat. Muai pulak tu, satu adunan, boleh dapat 2 biji kek. Ikut cara, step by step.

1.
Masakkan dulu :

2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula pasir
1 cawan susu manis (i used MilkMaid)
1 tin susu cair (evaporated milk, i used Nestle's Ideal)
Cara :
Masukkan semua bahan di atas dalam periuk, letak atas api. Jangan mendidih, sekadar semua bercampur dan gula hancur. Sejukkan.

2.
Panaskan kukusan. Masukkan air 3/4 kukusan dan panaskan kukusan. Sediakan tin kek. Sediakan 2 tin sebab adunan ni muai. Alas bawah tin dengan aluminium foil dan sapu dengan mentega. Tepi tin pun sapu jugak. Guna tin yang at least 7"X7". Isikan separuh tin sahaja adunan tu nanti sebab ianya akan naik sekali ganda.

3.
Ayakkan :

2 1/2 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
2 tsp soda bicarbonate
Cara :
Campurkan semua bahan di atas dan ayak 3 kali.

4.
Pukulkan :

7 biji telur saiz B
Cara :
Pukul hingga betul-betul naik dan kembang

5. Pastikan air dalam kukusan sudah mendidih. Kecilkan api.

6. Masukkan campuran tepung (no.3) kedalam adunan no. 1 yang dah suam. Kacau, satu arah sahaja sehingga semuanya bergaul rata. (Kalau kacau kekanan, make sure ke kanan sahaja, jangan men tibai kacau ikut suka)

7. Masukkan adunan telur (no.4). Pun kacau ikut arah yang sama hingga adunan bergaul rata.

8. Masukkan adunan dalam tin kek, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 1/2 jam atau sehingga masak. Kecilkan api kukusan tuh yer. Kalau api kuat, karang kek anda mendak kat tengah pulak.

SELAMAT MENCUBA.

Nota :
Anda boleh letakkan topping bila kek dah sejuk. Resepi topping, cari sahaja dari links saya yang berlambak tu. Untuk topping dalam gambar tu, saya guna topping yang anak-anak suka. Begini caranya,
Mentega (dalam 1 bar), keluarkan dari fridge dan biarkan sehingga lembut. Mentega sejuk dan beku, takleh tau. Biar dia sehingga pada suhu bilik.
Susu pekat manis (ikut suka, banyak mana nak letak, nak manis -letak banyak, tak nak manis, letak sikit)
Milo (pun letaklah ikut suka gak)

Cara :
Pukul mentega hingga putih, masukkan susu manis dan milo. Dah bergaul rata semuanya, bolehlah digunakan. Kalau nak lapiskan di kek, potong dua kek tu, letakkan adunan ni dan sandwichkan kek. Lebihannya, buat hiasan atas kek.

Thursday, February 23, 2006

Kek Batik

Cara :
1 butter apa-apa brand pun boleh. ( bukan produk Denmark ye !)
2 packet biskut Marie jenis biasa (saya guna 1 biasa, 1 perisa kopi)
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko + 1 cawan milo + 1 sudu teh nescafe + 1 cawan air panas
1 cawan nestum

Cara :
1. Patahkan biskut kepada 2.
2. Buka tin kedua-dua jenis susu.
3. Panaskan kuali dan masukkan butter.
4. Kacau, biar butter cair tetapi bukan berminyak ye.
5. Masukkan campuran koko milo, susu pekat dan susu cair. Kacau rata. Masukkan nestum.
6. Bila mendidih, masukkan biskut. Kacau rata dan tutup api.
7. Masukkan dalam tin kek dan tekan dengan senduk biar rata.
8. Sejukkan. Simpan dalam fridge lagi elok.

** dapat sebuah kek yang besar.

Wednesday, August 10, 2005

Kek Pisang




Ahad lepas, hancurkan pisang untuk buat jemput-jemput (cekodok). Tengok dalam tin tepung, tepung habis. Alahai ! Yang ada self-raising flour. Maka, saya pun godek jerlah dan buat cake pisang :)


Bahan :
1 gelas pisang yang telah dihancurkan (gunalah pisang apapun. saya guna pisang emas)
2 gelas tepung naik sendiri (MFM ke, apa brand pun boleh)
3/4 gelas gula castor
1 buku butter
1 sudu kecil rata halus
5 biji telur besar
sedikit badam atau apa-apa nuts pun boleh jika suka.
1 sudu kecil esen pisang (kalau ada, kalau tak letak esen pun tak pe)
Tin kek yang telah dilapisi aluminium foil dan dilenser dengan margarin

Cara :
1. Pukul butter dan gula hingga putih
2. Masukkan telur ( one at a time)
3. Bila dah kembang, masukkan pisang dan tepung, sedikit demi sedikit hingga habis. (Jangan pukul lama, cukup sekadar rata)
4. Masukkan nuts dan esen. Pukul sebentar.
5. Masukkan adunan dalam tin kek
6. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam dalam oven yang panasnya 180 darjah.

Untuk resepi Mat Salleh punya klik sini

Tuesday, September 14, 2004

Anniversary Chocolate Cake


Bahan :
2 cawan gula castor
1 buku butter (cairkan)
1 cawan susu sejat
1 sudu besar cuka makan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
Cara :
1. Sediakan tin pembakar. Alas tin dan sapukan marjerin
2. Masukkan cuka pada susu dan biarkan. (Akan jadi macam yogurt)
3. Ayak tepung, koko dan soda bikarbonat. Masukkan dalam mangkuk besar (mixing bowl).
4. Pukul telur dan gula dan masukkan dalam tepung.
5. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan separuh dari susu masam tadi. Pukul selama lebih kurang 2 minit.
6. Masukkan semua baki susu tadi dan pukul lagi 2 minit.
7. Masukkan adunan dalam tin kek dan bakar.
8. Bila masak, keluarkan kek dan sejukkan sebentar. Sapu kek dengan jam . Kemudian tuangkan krim cokelat atas kek. Jangan simpan dalam petisejuk.

Krim Cokelat
1. Masukkan satu bar cooking chocolate dan 1/4 cawan susu segar ke dalam periuk.
2. Masak dengan api kecil.
3. Masukkan 2 sudu besar gula ising dan 1 sudu besar mentega. Kacau sentiasa.
4. Bila sudah pekat dan berkilat, tuang atas kek.
5. Ambil pisau dan ratakan atas dan keliling kek.

Tuesday, September 07, 2004

Kek Mentega




1 buku butter
1 gelas gula castor
6 biji telur A
2 gelas self raising flour, diayak 2 kali
3 sudu besar fresh milk
sedikit esen vanilla

Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji, sebiji sambil pukul
3. Bila adunan sudah cukup kembang, masukkan tepung
4. Masukkan fresh milk dan vanilla
5. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 1 jam, 180c

*** Ini adalah resepi yang Mak ajar, saya mula membuatnya sewaktu umur 12 tahun. Boleh juga divariasikan jadi Kek Ceri (letak ceri), Kek Buah (letak buah-buahan kering), Kek Marble (bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letak warna coklat dan merah. Satu bahagian biarkan tanpa letak apa-apa warna. Letak satu senduk adunan, diselangseli dengan berbagai warna)

Wednesday, September 01, 2004

Chocolate Chip Cake



Posted by Hello



Bahan:
400 gm tepung naik sendiri
100 gm cocoa powder
500 gm butter (2 biji)
500 gm castor sugar
8 telur (size A)
1 bar cooking chocolate (cuts into chips atau 2 cawan chocolate chips, lebih pun tak pe)
2 cups fresh milk or evaporated milk

Cara:
1. Panaskan oven
2. Ayak tepung dengan cocoa powder 2X
3. Pukul butter dan castor sugar hingga kembang
4. Masukkan telur sebiji, sebiji hingga habis. Pukul lagi hingga semua kembang.
5. Masukkan tepung yang telah diayak dengan cocoa powder
6. Masukkan chocolate chips
7. Masukkan dalam tin cake yang telah dialas dan disapu butter dan bakar selama 1 jam 15 minit, 180 C .

8. Resepi ini adalah untuk 2 biji kek.