Wednesday, October 05, 2005

Spaghetti Senang

1 bungkus spaghetti (carik yg isntant punyer, takyah rebus lama-lama)
1 sudu besar butter
500 gram daging cincang (boleh pakai mince meat RamLy tuh)
7 biji tomato merah (yg besar), potong kecil-kecil
1 botol (500 gm pasta sauce)
5 biji bawang besar Holland (yg kaler putih), dipotong kecil-kecil
5 biji bawang putih , dicincang
sebiji capsicum, potong kiub
1 tin cendawan, hiris (button mushroom)
air ikut kepekatan yang anda suka (gravy ni patut pekat)
sedikit olive oil untuk menumis (takde, minyak biasa pun boleh)
sedikit basil, sedikit oregano (takde pun takpe)
sedikit garam
keju parmesan parut

Sediakan gravynya:
1. Panaskan olive oil. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Kacau hingga wangi.
2. Masukkan mince meat dan buah tomato. Kacau sekejap
3. Masukkan air dan sos pasta. Masak hingga daging lembut.
4. Dah mendidih, masukkan cendawan dan capsicum.
5. Masukkan garam.
6. Gravy siap !

Spaghetti.
1. Didihkan air.
2. Masukkan spaghetti dan masak hingga spaghetti 'al dente'. Just masak, gitu.
3. Gaulkan dengan butter.

Menghidang
1. Letak spaghetti dalam pinggan-pinggan berasingan. (Jangan hidang style Melayu ye) Kalau 5 orang makan, 5 pinggan lah.
2. Curah gravy atas spaghetti dan tabur keju.
3. Hias dengan english parsley.

4 comments:

ain said...

bawang besar Holland tuh tak pernah dengar pulak saya...
kenapa tak boleh guna bawang besar biasa jee??

satu lagi, resipi ni nampak senang!
awak dah pernah mencobanya? sedap tak??

boleh email saya balik ke zimmer429@hotmail.com

Anonymous said...

Bwg besar holland tu yg putih/kuning tui dik...

cik moon said...

saya tau...bawang besar yang kekuningan tu kan :) bawang yang lambat lembik :D saya da buat, semua jadi senang sebab da der banyak instant gravy kay super maerket tu ;)

NoAiNi MaMat said...

saya pun dah cuba..sedap..