Thursday, May 17, 2007

Kole Kacang

Puas saya mencari resepi kuih kegemaran ni. Resepi yang saya jumpa di Net, telah saya cuba. Tapi hasilnya langsung tidak memuaskan, tak jadi langsung ! Akhirnya ni resepi Mak Biah yang dicilok oleh Su untuk saya. Terima Kasih, Su !

Bahan :

Untuk tahi minyak :
1 biji kelapa, perah sekali sahaja

Untuk kuihnya :
1 packet tepung kacang hijau (400 gms)
2 biji kelapa, perah sehingga mendapat 14 cawan santan. Kalau guna santan kotak, adjust sehingga mendapat 14 cawan santan.
500 gms gula melaka (kalau suka manis, tambah lagi gula pasir.)

Cara :

1. Masak santan untuk dijadikan tahi minyak. Masak sehingga warna coklat. Bila siap, masukkan dalam tapis, biar minyak berpisah dengan tahi minyak.

2. Masukkan tepung kacang hijau dalam kuali lain (kuali besar, yer) dan goreng tanpa minyak . Goreng sehingga ianya jadi ringan dan berbau wangi.

3. Dah wangi, masukkan santan yang 14 cawan dan gula melaka. Letak sedikit garam. Kacau sehingga ianya pekat dan masak.

4. Sapukan loyang dengan minyak dari tahi minyak yang di masak tadi. Masukkan kuih, ratakan dan tuang tahi minyak atasnya. Siap ! Boleh dapat 2 loyang kuih.


***** Tidak perlu letak pewarna/perasa sasparila seperti satu resepi yg saya dapat tu. Bila dah goreng tepung tuh, automatik warnanya jadi hitam kecoklatan bila dikacau dengan santan.


Masak santan untuk dibuat tahi minyak.

Kacau sehingga masak. Guna kuali besar ataupun macam saya, guna genseng. Kuali tembaga dari Terengganu.

Minyak dari tahi minyak yang di tapis tadi.

Kuih siap !

7 comments:

Elhakim said...

maka amat sedaplah kuihnya itu.

myblog said...

huh..nampak sedap..

myblog said...

de masakan lauk paprik x?
sy budak br belajar..huhu

Anonymous said...

Utk dptkan tahi minyak tu,bape lama kena masak santan?

Anonymous said...

macam mane kalau nk tempah kole kacang ni eh

Anonymous said...

saya dah cuba kole kacang puan. Saya tak tau mengapa lembik. rasanya sedap. lebih kurang berapa lama kena masakkan

Anonymous said...

salam,ari nie sy try wat kuih kole kacang nie tapi lembik sgt walaupun sy dah kurangkan air 2cwn .nape ye...pas tue sy try kacau blk tambah tepung lagi sme gak...x jdk la...