1 biji nenas separuh masak
3 biji cili merah
2 sudu besar rempah daging
1/2 cawan santan
2 sudu besar kerisek
1 helai daun kunyit
Minyak untuk menumis
Sedikit garam, sedikit gula
Untuk ditumbuk :
2 sudu besar udang kering
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Rempah Tumis
Kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh, bunga lawang
Cara :
1. Buang kulis nenas, potong empat, buang empulur. Hiris keping-keping.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering. Jangan lumat, biar pecah-pecah sahaja.
3. Panaskan minyak
4. Tumis rempah tumis dan masukkan bahan yang telah ditumbuk
5. Kacau hingga wangi dan masukkan rempah daging
6. Kacau sekejap
7. Masukkan nenas dan santan
8. Biarkan mendidih, masukkan kerisek, cili merah yang telah dibelah 2, garam dan gula
9. Biar gula lebih sedikit sebab pajeri kenalah rasanya manis.
10. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
11. Selamat Mencuba !
1 comment:
Saya suka masakan ini..ank saya gembira bila saya masak untuknya..namun saya ada berita lebih gembira untuk surirumah2 yang ingin berjaya...selain memasak cari income sampingan dan layari website tertera....
Post a Comment