Saturday, June 21, 2008

BISKUT DAHLIA

Bahan:
320 gram mentega
450 gram tepung gandum, diayak
25 gram tepung custard
2 biji kuning telur
175 gram gula aising
1/3 sudu teh esen vanilla
sedikit jelly tip, dipotong dua, cuci dan toskan

Cara:
Mentega, telur, gula aising, tepung custard dan vanilla digaul rata. Masukkan tepung gandum. Uli sehingga dohnya lembut. Ambil sedikit doh, masukkan kedalam acuan bunga dahlia. Tekan sehingga terbentuk sekuntum bunga dahlia. Hias dengan jelly tip dan bakar sehingga garing.


1 comment:

siti rahmah said...

sedap dan gebu