Lapis atas :
1 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula merah atau gula melaka
sedikit garam
Lapis bawah :
1 cawan tepung suji
3 cawan santan (guna kelapa lebihan santan pekat tadi)
1/2 cawan gula pasir (atau secukup rasa anda)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur
Cara:1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga masak.
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 5-7 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas. Tuangkan atas lapis bawah dan kukus lagi selama 15 minit.
No comments:
Post a Comment