Saturday, June 21, 2008

CORNFLAKES ROCHER DETOX


Bahan:
200 gram coklat masakan
80 gram cornflakes (beli cornflakes yang mahal sikit – Kellogs atau di Bake with Yen yang sekilo RM11, jangan gunakan Nestle – keras)
40 gram kacang hazelnut, dicincang ataupun badam cincang, dipanggang

Cara:
1. Cairkan coklat masakan, boleh masukkan dalam microwave untuk 30 saat lepas tu kacau kacau sikit dan masukkan lagi untuk 30 saat. Jika tak ada microwave boleh guna teknik double boil untuk cairkan coklat.
2. Kemudian masukkan cornflakes yang telah diramas sikit dan kacang hazelnut/ badam cincang. Gaul kesemua bahan-bahan sehingga ia rata.
3. Kemudian boleh letakkan adunan kedalam papercups dan kalau rajin hiaslah dengan coklat putih drizzle diatasnya.
4. Kemudian masukkan dalam fridge sehingga ia mengeras.

1 comment:

Anonymous said...

x dok gambo ke?!