Thursday, February 23, 2006

Ikan Patin BBQ

Image hosting by TinyPic
Ni dia, ikan patin bakar !

Bahan :
1 ekor ikan patin ( 1.5 - 2 kg)
1/2 cawan cili kering yg telah diblended
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 biji buah keras
2 batang serai
sedikit lengkuas (honestly, sy tak reti nak kira pakai inci-inci, tahukan resepi mak-mak kita, where dia org tulis, seinci kunyi lah .. banyak mana seinci kunyit tuh ?)
1 inci sedikit kunyi hidup
2 helai daun limau purut, hiris halus
sedikit garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
aluminium foil utk membalut ikan

Cara :
1. Bersihkan ikan patin. Basuh dengan garam dan asam.
2. Blend serai, lengkuas, buah keras, bawang putih dan bawang merah. (Bahan A)
3. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis (Bahan A).
4. Dah wangi, masukkan cili blend .
5. Masak hingga cili wangi dan masak ler.
6. Masukkan garam dan gula. Rasa.
7. Masukkan daun limau, kacau dan tutup api.
8. Koyakkan sehelai aluminium foil (big enough utk bungkus ikan).
9. Sapu sedikit butter (tak sapu pun tak apa). Dan ada orang letak daun pisang. Kat Kem, kami tak letak.
10. Letak ikan, ratakan tumisan cili tadi dan balut.
11. Bakar atas api atau masukkan dalam oven.
12. Sedap makan dengan nasi lemak macam di Kem !

3 comments:

Stephen said...

Wow oknya, nampeknya Sedapla!

dioz said...

ada resep mudah en praktis namun tetap nikmat ga utk pria anak kos seperti saya.

Anonymous said...

Very nice site! here