Thursday, November 16, 2006

Kek Cokelat Kukus


(Satu Adunan, 2 kek)

Kek Cokelat ni sangat moist dan senang buat. Muai pulak tu, satu adunan, boleh dapat 2 biji kek. Ikut cara, step by step.

1.
Masakkan dulu :

2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula pasir
1 cawan susu manis (i used MilkMaid)
1 tin susu cair (evaporated milk, i used Nestle's Ideal)
Cara :
Masukkan semua bahan di atas dalam periuk, letak atas api. Jangan mendidih, sekadar semua bercampur dan gula hancur. Sejukkan.

2.
Panaskan kukusan. Masukkan air 3/4 kukusan dan panaskan kukusan. Sediakan tin kek. Sediakan 2 tin sebab adunan ni muai. Alas bawah tin dengan aluminium foil dan sapu dengan mentega. Tepi tin pun sapu jugak. Guna tin yang at least 7"X7". Isikan separuh tin sahaja adunan tu nanti sebab ianya akan naik sekali ganda.

3.
Ayakkan :

2 1/2 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
2 tsp soda bicarbonate
Cara :
Campurkan semua bahan di atas dan ayak 3 kali.

4.
Pukulkan :

7 biji telur saiz B
Cara :
Pukul hingga betul-betul naik dan kembang

5. Pastikan air dalam kukusan sudah mendidih. Kecilkan api.

6. Masukkan campuran tepung (no.3) kedalam adunan no. 1 yang dah suam. Kacau, satu arah sahaja sehingga semuanya bergaul rata. (Kalau kacau kekanan, make sure ke kanan sahaja, jangan men tibai kacau ikut suka)

7. Masukkan adunan telur (no.4). Pun kacau ikut arah yang sama hingga adunan bergaul rata.

8. Masukkan adunan dalam tin kek, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 1/2 jam atau sehingga masak. Kecilkan api kukusan tuh yer. Kalau api kuat, karang kek anda mendak kat tengah pulak.

SELAMAT MENCUBA.

Nota :
Anda boleh letakkan topping bila kek dah sejuk. Resepi topping, cari sahaja dari links saya yang berlambak tu. Untuk topping dalam gambar tu, saya guna topping yang anak-anak suka. Begini caranya,
Mentega (dalam 1 bar), keluarkan dari fridge dan biarkan sehingga lembut. Mentega sejuk dan beku, takleh tau. Biar dia sehingga pada suhu bilik.
Susu pekat manis (ikut suka, banyak mana nak letak, nak manis -letak banyak, tak nak manis, letak sikit)
Milo (pun letaklah ikut suka gak)

Cara :
Pukul mentega hingga putih, masukkan susu manis dan milo. Dah bergaul rata semuanya, bolehlah digunakan. Kalau nak lapiskan di kek, potong dua kek tu, letakkan adunan ni dan sandwichkan kek. Lebihannya, buat hiasan atas kek.

6 comments:

Anonymous said...

tumpang tanya ogy..kalau saya bahagi 2 bahan2tu coz nak buat satu bekas aje oktak?

Kem Lambaian Danau said...

salam ton :)

boleh sahaja. takde masalah.

selamat mencuba ye.

dhida said...

Salam Kak Ogy

Saya dah cube resepi kek coklat kukus ni mmg sedap dan lembut ....thanz koz share ur resepi

IDA

Unknown said...

Salaam..
If I want to make the cake into half batter, what about the amount of eggs should I use? Is it okay if I put 5 eggs?

Mimie..

Anonymous said...

Yes undoubtedly, in some moments I can say that I jibe consent to with you, but you may be considering other options.
to the article there is quiet a suspect as you did in the decrease delivery of this beg www.google.com/ie?as_q=somewhere only we know keane youtube ?
I noticed the utter you have in the offing not used. Or you use the black methods of inspiriting of the resource. I suffer with a week and do necheg

asyuratina said...

salam kak..,saya nk tanya..,satu adunan tu boleh dapatkan 2 biji kek..soalan saya..,boleh tak sekiranya adunan saya tu,saya satukan dalam satu tin kek sahaja..kiranya utk saya kukus adunan saya sekali saja..adakah adunan kek saya akan mendap?. T.Q