Friday, September 07, 2007

Lasagna Senang

Cara mudah, boleh siap cepat !

Bahan :

A.
Few sheets of instant lasagna (see pic)
Mozarella Cheese

Instant Lasagna, tak perlu rebus.


B. Meat Sauce :
1 botol pasta sauce - Preggo/Ligo/ Dolmio or whatever brand u have in your kitchen cabinet
1 packet minced meat/chicken Ramly
1 tin cendawan butang, buang air, hiris
1 batang celery, hiris
2 bawang besar (warna putih utk rasa best, tak de bawang biasa pun ok)
4 biji bawang putih, cincang halus
sedikit lada hitam (kalau tiada pepper mills, tumbukkan biar pecah-pecah sikit)
minyak jagung untuk menumis
sedikit bay leaves
Cara :
1. Panaskan minyak, tumis kedua jenis bawang hingga wangi. Masukkan daging dan kacau hingga daging separuh masak. Masukkan lada hitam. Kacau hingga lada hitam dan daging sebati.
2. Masukkan pasta sauce dan 1/2 botol air (pakai botol pasta tadi). Masukkan cendawan dan masak hingga sedikit pekat.
3. Masukkan celery dan bay leaves. Biarkan sekejap sehingga mendidih semuanya. Tutup api.


C. White Sauce :
1/2 cawan air
2 cawan fresh milk (low fat/full fat, ikut suka)
1/2 cawan butter
1/2 cawan parmesan cheese (tiada pun tak pe)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 teaspoon oregano
Cara :
1. Panaskan butter
2. Masukkan oregano, kacau sekejap
3. Masukkan tepung gandum dan kacau
4. Masukkan fresh milk dan air. Masak hingga pekat. Masukkan cheese. Kacau sekejap dan tutup api.

D. Cara Menyusun :
1. Letak meat sauce dulu. Ratakan dalam loyang.
2. Susun lasagna sheet. Yang instant ni tak perlu di rebus, letak terus. Lasagna sheet kena kecik dari loyang yer. Jangan letak hingga memenuhi loyang, bila masak dia kembang dan nanti dia terkeluar.
3. Letak white sauce
4. Ulang ikut berapa lapis dikehendaki. (Selalunya 2X dah cukup)
5. Pastikan ianya berakhir dengan white sauce.

E.
Masukkan dalam oven. Bila dah separuh masak, bolehlah tabur Mozarella Cheese atas lasagna anda. Teruskan bakar hingga masak.


Tumis bawang sehingga wangi, masukkan minced meat dan kacau hingga masak. Masukkan lada hitam.

Masukkan pasta sauce dan mushrooms

Ni dah pekat dan mendidih. Masukkan celery

Ni White sauce

Mula melapis. Meat Sauce dulu

Then, letak lasagna sheets



Yang ni dah masak

6 comments:

siti_khuzaimah78 said...

Salam,

Resepi ni memang senang & sedap... sesuai kalau makan ramai2 sekeluarga. Thanks for sharing the receipe...

Anonymous said...

kak ogy,saya tak sabar nk cuba resepi ni...yg paling buat saya teruja ialah...saya kenal kak ogy and abg rosli.saya pernah sertai kursus di kem lambaian danau...2 kali lagi...mungkin kak ogy tak kenal saya tapi saya bestfriend michelle,utm skudai...hehe...alifah.

Anonymous said...

semua dah siap, dulang je takde ni...dulang bulat buleh ke?

Anonymous said...

ill try it!!!
yummy~

Anonymous said...

salam.. saya pernah cuba guna kulit lasagna SAN REMO tu tanpa direbus tapi bila lasagna siap dimasak, ternyata ada bahagian yg mentah

HZQH said...

saya tak sabar nak cube!! terima kasih!!