Wednesday, May 25, 2005

Pajeri Nenas

1 biji nenas separuh masak
3 biji cili merah
2 sudu besar rempah daging
1/2 cawan santan
2 sudu besar kerisek
1 helai daun kunyit
Minyak untuk menumis
Sedikit garam, sedikit gula

Untuk ditumbuk :
2 sudu besar udang kering
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih

Rempah Tumis
Kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh, bunga lawang

Cara :
1. Buang kulis nenas, potong empat, buang empulur. Hiris keping-keping.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering. Jangan lumat, biar pecah-pecah sahaja.
3. Panaskan minyak
4. Tumis rempah tumis dan masukkan bahan yang telah ditumbuk
5. Kacau hingga wangi dan masukkan rempah daging
6. Kacau sekejap
7. Masukkan nenas dan santan
8. Biarkan mendidih, masukkan kerisek, cili merah yang telah dibelah 2, garam dan gula
9. Biar gula lebih sedikit sebab pajeri kenalah rasanya manis.
10. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
11. Selamat Mencuba !

Acar Daging Berempah

2 batang timun, buang hempulur dan potong.
1 batang carrot, potong panjang (sama macam timun)
2 biji cili merah, belah 2
2 biji cili hijau, belah 2
4 biji bawang besar, potong 4
8 biji bawang putih
300 gm daging, potong kecil-kecil
3 sudu besar rempah kurma
1/2 cawan kerisek
1 cawan asam jawa yang pekat
1 ketul besar kunyit hidup
Minyak untuk menumis

Hiriskan :
1 cawan bawang merah
1 cawan bawang putih

Rempah Tumis
Kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh, bunga lawang

Cara :
1. Siapkan semua sayur. Rendam sebentar dalam air berkapur. Toskan
2. Panaskan minyak. Goreng kedua-dua jenis bawang hiris. Angkat.
3. Masukkan rempah tumis dan goreng sebentar.
4. Masukkan rempah kurma yang telah dicampurkan dengan kunyit hidup yg telah diblend tadi.
5. Kacau hingga wangi. Masukkan daging.
6. Bila daging empuk, masukkan ais asam jawa. Kacau.
7. Masukkan garam dan gula. Acar mestilah seimbang masin, manis dan masam.Masukkan bawang putih.
8. Bila mendidih, masukkan semua sayur. Kacau hingga sayur layu.
9. Taburkan dengan bawang goreng.

Saturday, May 14, 2005

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Kobis Asin

Bahan :
1 kg daging
1/2 kilo santan
1 peket kobis asin, potong kecil-kecil
5 batang serai
1 helai daun kunyit
4 biji limau kasturi, perah dan ambil airnya
sedikit garam

Bahan kisar:
2 cawan cili padi
2 ketul kunyit hidup

Cara:
1. Potong daging kepada 4 bahagian.Basuh daging dan toskan airnya. Salaikan (panggang) dalam oven atau atas kuali tosey. Salai hingga separuh masak.
2. Potong daging kecil-kecil, jangan basuh
3. Dalam periuk, masukkan bahan kisar, daging panggang, santan dan serai
4. Letak periuk atas api
5. Bila mendidih, masukkan kobis asin, daun kunyit, garam dan air limau
6. Biar mendidih sekali lagi dan tutup api.

Ayam Masak Merah

Bahan:
1 ekor ayam, potong 12. Bersihkan.
1 cawan santan
1 cawan raisins
2 biji kentang, potong wedges, goreng dalam minyak banyak dan toskan
1 batang carrot, potong-potong
1/2 cawan kerisek
Minyak untuk menumis
Sedikit rempah tumis - kayu manis, buah pelaga, cengkeh dan bunga lawang
sedikit garam, sedikit gula

Bahan kisar
2 cawan cili
5 batang serai,
1 ketul lengkuas,
12 biji bawang merah
8 biji bawang putih

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan rempah tumis dan masukkan bahan kisar.
2. Setelah naik minyak, masukkan ayam.
3. Kacau hingga ayam sedikit masak.
4. Masukkan santan dan kacau hingga ayam masak. Masukkan garam dan gula
5. Masukkan raisins, kerisek, carrot, dan kentang goreng.
6. Kacau sekejap dan tutup api

Daging Masak Kicap Berempah Pedas

Bahan :
1 kg daging, potong dan bersihkan
5 biji buah tomato merah, potong wedges
10 biji bawang besar, hiris bulat-bulat
1 pokok daun bawang, bersihkan dan potong kasar-kasar
2 cawan kicap manis kipas udang
8 biji limau kasturi, perah dan tapis airnya
Minyak untuk menumis
sedikit garam, sedikit gula jika perlu

Bahan Kisar
1 cawan cili padi
8 biji bawang putih
10 biji bawang merah
1 ketul halia
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar lada hitam

Cara:
1. Panaskan kuali dan bubuh minyak
2. Minyak panas, tumiskan bahan kisar. Kacau hingga rempah masak dan wangi.
3. Masukkan daging, kacau dan tutup.
4. Masukkan sedikit air dan masak hingga daging empuk
5. Masukkan kicap, air perahan limau, bawang besar dan tomato
6. Kacau dan rasa masin manisnya
7. Jika perlu, masukkan sedikit garam dan gula
8. Masukkan daun bawang, kacau dan tutup api.

Tuesday, May 10, 2005

Nasi Goreng Tuna

Image hosted by TinyPic.com



Bahan :
2 pinggan nasi
1 tin tuna flakes in oil
2 sudu besar cili blend
3 biji bawang putih
1 biji tomato, hiris-hiris
2 biji telur
sedikit garam
minyak untuk menumis

Cara :
1. Masukkan tuna dalam tapis dan toskan minyaknya
2. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak untuk menumis
3. Masukkan bawang putih. Kacau hingga wangi
4. Masukkan cili dan kacau lagi hingga naik minyak
5. Masukkan tuna. Kacau lagi hingga tuna dah bercampur dengan cili
6. Masukkan sedikit garam dan buah tomato yang telah dihiris.
7. Masukkan nasi dan kacau rata hingga nasi masak
8. Ketepikan nasi dan masukkan telur
9. Seletkan telur pada tepi kuali supaya telur masak.
10. Kacau rata semuanya.
11. Siapkan untuk dimakan. Hidangkan dengan kicap cili api, yummy !

Kuah Kicap Cili Padi

Image hosted by TinyPic.com



Bahan :
1 cawan cili padi
6 biji bawang putih, buang kulit
6 biji bawang merah, buang kulit dan hiris
2 cawan kicap manis kipas udang
1/2 cawan air masak
6 biji limau kasturi (limau sambal belacan tuh)
sedikit minyak

Cara :
1. Panaskan minyak
2. Goreng bawang merah hingga garing. Angkat
3. Masukkan pula bawang putih dan goreng hingga masak. Angkat
4. Masukkan cili padi dan goreng sebentar sahaja
5. Masukkan semua bahan kecuali limau dalam blender dan blend
6. Perahkan limau.

*** Kalau anda jenis yang suka pedas, bolehlah tambah lagi jumlah cili padi. Kuah kicap ni, makanan istimewa orang Johor.

Makan bersama mee goreng, meehoon goreng, goreng pisang, goreng tempe, goreng keledek, mee siput dll.

Monday, May 02, 2005

Mee Siam

Image hosted by TinyPic.com


Bahan :
1 pkt meehoon, rendam 2 jam dan toskan
2 batang sawi
1 mangkuk taugeh, bersihkan
1 mangkuk daun kucai yang telah dipotong
1 cawan udang, buang kulit dan bersihkan
3 sudu besar udang kering, bersihkan dan tumbuk lumat
4 keping tauhu, hiris dan goreng
1/2 cawan taucu
1 cawan air asam (jgn pekat, air asam yang cair)
1 cawan air sejuk
Sedikit garam, sedikit gula
1/2 cawan cili + 4 biji bawang putih + 5 biji bawang merah, diblend
Minyak untuk menumis

Cara :
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend hingga wangi
2. Masukkan udang, air sejuk, air asam, gula dan taucu
3. Biarkan mendidih dan masukkan tauhu, udang kering dan sawi
4. Rasa masinnya, jangan masukkan garam jika taucu dah cukup masin
5. Masukkan meehoon.
6. Masukkan kucai dan taugeh
7. Kacau hingga meehoon cukup masak.
8. Hidangkan dengan hiasan telur rebus, daun bawang dan bawang goreng.

*** Mangkuk disini ialah mangkuk sup / nasi cina ye puan-puan. Bukan mangkuk lauk atau mangkuk nasi tambah.