Thursday, August 05, 2010

Triffles

Easy-peasy punya pudding !

Bahan : (saya buat 2 dish)

2 gulung swiss roll

1 tin buah-buahan campuran (fruit cocktail)

1 kotak agar-agar Nona (ikut suka perasa apa) + 2 cawan air

1 tin susu cair Ideal + 1 tin air (guna tin susu Ideal) + 5 sudu besar tepung custard + 4 sudu gula (ikut suka - suka manis, letak lebih, tak suka, kurangkan)

Cara :


Potong swiss roll dan atur dalam mangkuk. Tapiskan buah dalam tin, buah di simpan dan airnya di renjiskan pada kek.

Masukkan susu, tepung kastad yg dicampur dengan 1 tin air dalam periuk, jerang dan kacau sentiasa hingga masak.

Tuangkan pada kek.

Didihkan 2 cawan air, mendidih, masukkan agar-agar. Kacau rata dan tutup api. Tuangkan pada kek dan taburkan fruit cocktail

Siap ! Sedap dimakan selepas disejukkan semalaman.

Thursday, April 22, 2010

Lempeng Bawang


Ni favoutire keluarga ni, lempeng bawang. Makan dengan leftover asam pedas dan sambal tumis ikan bilis. Yums !

Bahan :
1/2 packet (500 gm) tepung gandum
5 biji telur
2 biji bawang besar, buang kulit dan potong rings yang nipis (atau potonglah ikut suka kamu)
3 sudu besar susu pekat manis, bancuh dengan sedikit air panas
air secukupnya
sedikit minyak

Cara :
1. Masukkan tepung dalam mangkuk besar, buat lubang, masukkan telur, sedikit air dan bancuhan susu manis.
2. Gunakan whisk dan kacau rata, kalau guna whisk, senang takkan berketul tepung tu. Tambah air jika perlu. Kacau rata hingga tepung tak berketul. Batternya mesti sedikit cair dari bancuhan jemput bilis.
3. Masukkan bawang dan kacau lagi.
4. Panaskan minyak dalam kuali non-stick, kalau nak senang.
5. Masukkan batter dan goreng hingga masak. Untuk non-stick pan size macam dalam gambar ni, saya guna 2 senduk batter.

Friday, April 16, 2010

Ayam Masak Bumbu Bali

Bahan :

1 ekor ayam, potong 12, goreng separuh masak

1 batang serai, diketuk
sedikit lengkuas, diketuk

8 biji bawang merah ]
5 biji bawang putih ]
sedikit halia ] diblend sekali
3 biji buah keras ]
sedikit belacan ]

1/2 cawan cili blend (kurang, lebih ikut suka pedas masing-masing)

3 biji buah tomato yang besar dan merah, potong kecil-kecil atau blend kasar

1/2 cawan kicap manis (boleh lebihkan atau kurangkan, ikut suka anda)
1/2 buku gula melaka ( juga boleh lebihkan atau kurangkan, ikut suka anda)

6 biji buah limau kasturi (perah dan ambil airnya)

3 helai daun limau purut
2 helai daun salam

Minyak untuk menumis.

Cara :
1. Panaskan minyak. Tumiskan serai dan lengkuas hingga wangi.
2. Masukkan bahan yang diblend dan cili blend. Kacau dan masak hingga naik minyak
3. Masukkan kicap, tomato dan gula melaka. Kacau sekejap dan masukkan ayam.
4. Kacau hingga ayam masak dan masukkan perahan limau kasturi.
5. Rasa. Lauk ni perlu rasa masin, manis, pedas dan masam.
6. Masukkan daun limau dan saun salam. Kacau rata dan tutup api.

Variasi :
1. Saya pernah gantikan daging dengan ayam. Saya rebus daging dulu hingga empuk. Tomato saya lebihkan dan hasilnya, ianya jadi seperti rendang daging. Versi sihat sebab tiada santan dan kerisik :)
2. Pernah juga guna udang. Sedap, tapi letak sedikit atau jangan letak gula melaka.
3. Sotong pun saya pernah cuba, tapi tak sedap sebab sotong berair.

Thursday, April 15, 2010

Tapai Pulut

My Easy-Peasy Tapai Pulut

Bahan :

1 kg beras pulut (3 tin susu)
1 biji ragi

Cara :
1. Basuh bersih beras pulut, rendam 4 jam
2. Basuh pulut
3. Masak pulut, gunakan periuk nasi elektrik (nak senang, kan ?) Letak air sama banyak dengan pulut. Kalau pulut 3 tin, air juga 3 tin.
4. Bila pulut dah masak, keluarkan dan sejukkan dalam bekas (yg sesuai untuk digunakan untuk gaul ragi nanti)
5. Biar pulut hingga betul-betul sejuk
6. Ambil pemarut cheese dan gunakan lubang halus, parut ragi kepada pulut.
7. Ambil sudu kering dan gaulkan rata-rata.
8. Kalau anda pandai, bungkuskan pulut dengan daun pisang, getah atau apa-apa daun lah
9. Kalau tak pandai (macam saya), masukkan dalam tupperware, jgn tutup sampai airtight, cukup letak penutup atas bekas sahaja dan simpan dalam tempat yg gelap. (Saya letak dalam kabinet periuk/kuali saya)
10. Simpan dua hari dan siap ! (bagi yg bungkus tapai dia pakai daun). Untuk yg pakai tupperware, selepas 2 hari, buka tutup dan kacau-kacau dulu, guna sudu besi sebab tapai nampak bergabus. Kacau dan biarkan dalam 1 jam. Selepas 1 jam, boleh masukkan dalam petisejuk. Sejukkan dan makan !

p.s. Untuk 1 kg beras bulut, saya gunakan 3 bekas tupperware.

Selamat Mencuba :)