Thursday, September 28, 2006

Kuih Tepung Pelita Versi Mudah

Bahan-bahannya :

1. Kita siapkan adunan-adunan tepungnya dahulu.

Untuk Lapisan Hijau :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan, kalau tak suka manis)
5 cawan air
5 helai daun pandan, diblend dengan sedikit air, perahkan, tapis dan ambil airnya sahaja.
secubit kapur
Cara: Campurkan semua bahan di atas dan kacau rata. Biarkan dahulu.

Photobucket - Video and Image Hosting

Untuk Lapisan Putih :
4 cawan santan (dari sebiji kelapa)
6 sudu besar tepung beras
sedikit garam
Cara : Campurkan semua bahan dan gaul rata. Garam tu, biar terasa sikit, baru kick lemak santan.

Photobucket - Video and Image Hosting

Lapisan Air Gula :
(Tak nak letak pun tak apa. Nanti kuih manis sangat. Tidak elok untuk kesihatan anda. Tapi kalau letak, sedap lebih lah kuih nih. )
1/2 biji gula melaka
1/2 cawan air
Cara : Masak hingga pekat. Dah masak ratakan dalam loyang seperti gambar ini.

Photobucket - Video and Image Hosting

2. Masak Lapisan Hijau. Kacau tanpa henti atas api hingga masak, berkilat-berkilat macam gambar bawah ini.

Photobucket - Video and Image Hosting

Dah masak, ratakan dalam loyang si atas gula Melaka tadi.

Photobucket - Video and Image Hosting

3. Masak pula Lapisan Putih. Kacau tanpa henti hingga masak.

Photobucket - Video and Image Hosting

Ratakan atas Lapisan Hijau.

Photobucket - Video and Image Hosting

Ni dia dah sejuk dan sudah siap untuk dimakan. Tak boleh potong yer, Puan-Puan. Kena cedok-cedok sebab terlalu lembut. Tepung Pelita ni sebenarnya caranya ialah diletakkan dalam bekas-bekas daun pandan/daun pisang yang comel-comel itu. Disebabkan saya fail bab membuat bekas itu, maka inilah versi saya yang mudah dan senang.