Saturday, January 22, 2005

Bread and Butter Pudding




3/4 tin susu sejat Ideal
5 biji telur2 gelas air
3 sudu besar gula pasir
5 keping roti bersapu butter, potong kecil-kecil
sedikit garam
sedikit esen vanilla

Caramelnya
3/4 cawan gula pasir
5 sudu besar air

Cara:
1. Dalam periuk yg tebal panaskan gula pasir hingga jadi caramel. Masukkan air dan kacau.
2. Masukkan caramel dalam loyang/pyrex baking dish
3. Pukul gula dan telur hingga gula hancur. Jangan sampai naik. Pukul setakat untuk hancurkan gula sahaja. Masukkan susu, garam dan air.
4. Masukkan roti dan masukkan campuran susu tadi.
5. Kukus selama 20 minit.
6. Sedap makan jika disejukkan terlabih dahulu

*** Kalau suka, boleh letak raisins atau ceri merah. Resepi ni senang dan masuk dalam kategori 'sure jadik punya'

4 comments:

mira said...

salam kak.

macam mana nak panaskan gula pasir sampai jadi caramel? maksudnya sampai cair ya?

mira said...

dan lagi, potong roti kecil-kecil tu besar mana? dalam gambar tengok dia terletak elok, kena susun macam tu ke?

no 3 dan 4 redundant ke? masukkan susu, garam dan air = masukkan campuran susu?

Anonymous said...

roti nya guna roti apa eh?

scrap pot said...

dalam gambar tu macam bakar bukan kukus.