Tuesday, September 14, 2004

Anniversary Chocolate Cake


Bahan :
2 cawan gula castor
1 buku butter (cairkan)
1 cawan susu sejat
1 sudu besar cuka makan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
Cara :
1. Sediakan tin pembakar. Alas tin dan sapukan marjerin
2. Masukkan cuka pada susu dan biarkan. (Akan jadi macam yogurt)
3. Ayak tepung, koko dan soda bikarbonat. Masukkan dalam mangkuk besar (mixing bowl).
4. Pukul telur dan gula dan masukkan dalam tepung.
5. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan separuh dari susu masam tadi. Pukul selama lebih kurang 2 minit.
6. Masukkan semua baki susu tadi dan pukul lagi 2 minit.
7. Masukkan adunan dalam tin kek dan bakar.
8. Bila masak, keluarkan kek dan sejukkan sebentar. Sapu kek dengan jam . Kemudian tuangkan krim cokelat atas kek. Jangan simpan dalam petisejuk.

Krim Cokelat
1. Masukkan satu bar cooking chocolate dan 1/4 cawan susu segar ke dalam periuk.
2. Masak dengan api kecil.
3. Masukkan 2 sudu besar gula ising dan 1 sudu besar mentega. Kacau sentiasa.
4. Bila sudah pekat dan berkilat, tuang atas kek.
5. Ambil pisau dan ratakan atas dan keliling kek.