Showing posts with label Tarts. Show all posts
Showing posts with label Tarts. Show all posts

Saturday, June 21, 2008

Tart Nenas Minyak Sapi

Bahan-bahan untuk Inti
2 biji nenas
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
Sedikit pewarna kuning.
Tart Nenas Minyak Sapi
Pastri
2 cawan mentega
1/2 cawan minyak sapi
2 sudu makan gula
2 biji kuning telur
Sedikit pewarna kuning telur
600 gm tepung gandum (mengikut kelembutan)

Cara
Inti
1. Nenas diparut dan ditos selama 1 jam
2. Setelah ditos, masak di dalam periuk dengan api sederhana.
3. Dikacau sekali sekala hingga kering. (lebih kurang 1/2 jam)

Pastri.
1. Kacau mentega, minyak sapi, gula, kuning telur, pewarna kuning hingga kembang (lbh. kurang 5 minit)
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
3. Rehatkan doh selama 10-20 minit.
4. Tekan adunan di dalam acuan semperit sepanjang lebih kurang 3 inci dan aturkan intinya ditepi dan gulung.
5. Bakar di dalam oven dengan kepanasan 180F selama lebih kurang 15-20 minit.

TART GULUNG MAGNOLIA

Bahan:
500 gram mentega
100 gram gula aising
3 biji telur (3 putih dan 2 kuning)
70 gram susu tepung
750 gram tepung gandum (biasenye ikut lembut supaya mudah ditekan)
1 sudu teh esen vanila

Untuk Inti Jem
2 biji nenas
400 gm gula pasir (ikut manis)
½ cawan oren sunquick

Cara untuk Inti Jem
Parut nenas dan masak semua sehingga ia kering.

Cara-caranya
1. Satukan mentega dan gula aising, kacau sekejap. Tak yah nak buat creamy method cam kek tu.
2. Masukkan telur, kacau sebati dan masukkan esen vanilla.
3. Kemudian masukkan tepung susu dan tepung gandum. Uli perlahan-perlahan kalau rasa adunan melekit di jari, tambah tepung sikit demi sedikit. Semasa masukkan tepung jangan masukkan semua sekali, masuk sikit demi sedikit supaya adunan tidak terkeras. Sepatutnya adunan tu agak lembut (tak lembik) supaya senang dipicit keluar dari acuan tart gulung.
4. Letak inti dan gulung. Bakar sampai masak dan kekuningan. Tart ini memang gebu dan sedap.

NOTA: Kalau nak kulit tat kekuningan sikit, letak pewarna kuning sebelum masukkan tepung kedalam adunan. Dan kalau rajin sapu kuning telur diatas biskut sebelum dibakar.