Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Thursday, February 23, 2006

Ayam Madu style Kem

** Nama sahaja madu, tapi kita orang tak letak madu, payah bakar. Senang hangus :)

1 ekor ayam (potong 12, kalau besar, leceh nak bakar - lambat)
5 biji bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit halia
1/2 cawan kicap Hablal Kipas Udang Manis
2 biji limau kasturi
beberapa titik worchestershire sauce (lea and perrin). tak de pun tak pe.
1 sudu besar gula tebu ( ni ganti madu nih, hehe)
sedikit garam

Cara :
1. Bersihkan ayam dan toskan, biar kering
2. Dalam blender. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia, kicap, gula merah dan kicap.
3. Gaulkan bahan yang diblend dengan ayam. Gaulkan sekali garam dan worchestershire sauce.
4. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
5. Bakar atas api arang atau masukkan dalam oven atau goreng.
6. Ayam ni akan jadi merah-merah. Sedap !

Wednesday, October 05, 2005

Ayam Gerang Asam (Khas Utk Fakiha)

1 ekor ayam, pootng 12 dan bersihkan
1/2 cawan cili kering yg telah diblend
2 sudu kerisek (kelapa goreng yg ditumbuk sehingga berminyak
3 helai daun limau purut
2 batang serai, diketuk
2 cawan air asam jawa
Minyah untuk menumis
sedikit garam, sedikit gula

Blend :
8 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil lada hitam
sedikit halia
sedikit kunyit hidup

Cara Memasak :
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan serai dan kacau sebentar
3. Masukkan bahan yang diblend. Kacau hingga wangi
4. Masukkan cili blend dan kacau lagi hingga naik minyak
5. Masukkan pula ayam dan kacau
6. Dah bergaul rempah dengan ayam, masukkan pula air asam jawa.
7. Biarkan hingga ayam masak, lepas tu masukkan garam, gula, daun limau purut dan kerisek.
8. Biarkan sekejap dan tutup api.

** Ayam boleh digantikan dengan daging. Daun limau purut boleh digantikan dengan daun kesum. Selamat Mencuba !!


Ni resepi Melaka. Negeri lain tak de rasanya masakan begini. Kalau tak silap, saya masak resepi ni 2 minggu lepas. Fakiha suka sangat dan mintak resepi. Ni ha, untuk ko !

Sunday, July 10, 2005

BERGEDIL

500 gm kentang, kupas kulit, hiris dan goreng
1 cawan daging/isi ayam kisar
6 biji bawang putih, cincang halus
2 biji bawang besar, potong dadu
1 pokok daun bawang, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1/4 batang carrot, potong kiub, kecil-kecil
1 merah telur
2 biji telur
Minyak untuk mengoreng

Cara:
1. Goreng daging/ isi ayam dengan bawang putih hingga masak. Keluarkan dari kuali.
2. Tumbuk kentang yang telah digoreng hingga lumat
3. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali 2 biji telur
4. Uli bahan diatas.
5. Bentukkan bulat atau bujur. Leperkan sedikit
6. Panaskan minyak
7. Celupkan bergedil dalam telur yang telah dipukul dan goreng tenggelam.
8. Angkat bila telah kuning.
9. Hidangkan dengan sos cili

Tuesday, July 05, 2005

Ayam Goreng Berempah dan Sambal Belacan

2 ekor ayam (potong 8)
6 biji bawang putih
6 biji bawang merah
2 sudu teh garam halus
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili (kalau tak suka pedas, takyah bubuh)
4 sudu besar tepung gandum
beberapa helai daun pandan
minyak untuk mengoreng (deep fry)

Cara:
1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah
2. Gaulkan kedua bawang dan garam kepada ayam. Gaul rata.
3. Masukkan rempah dan serbuk cili kepada ayam. Gaul lagi.
4. Masukkan tepung dan gaul lagi.
5. Perap selama 2 jam atau lebih (simpan dalam fridge)
6. Panaskan minyak, dan masukkan daun pandan
7. Bila minyak panas, masukkan ayam dan goreng.

Sedap dimakan bersama nasi lemak !

My Special Sambal Belacan (khas untuk IwanHensem yang tolong buat hari tu )

8 biji Cili Merah ( my Mak said kalau takmo sambal belacan pedas, jumlah cili kena nombor genap)
1 ketul Belacan bakar
1 biji tomato
1 bawang besar, hiris kasar-kasar
1 bawang putih
4 biji limau kasturi
garam dan gula sesedap rasa

Cara :
1. Tumbuk cili dan belacan
2. Masukkan bawang besar dan putih, tumbuk
3. Masukkan tomato, tumbuk lagi
4. Masukkan garam dan gula, gaul sedikit
5. Perahkan limau kasturi.

*** hari tuh, tak tumbuk, kan Iwan ? Blend sajer sebab malas ! Kami hidangkan sambal belacan dengan sayur kobis panjang masak tumis air letak soohoon dan fuchuk dan ikan goreng.

Wednesday, June 08, 2005

Kurma Ayam / Daging

Bahan :
1 ekor ayam potong 12
atau
1 kg daging (potong besar-besar)
1/2 kg santan atau santan dari 1 biji kelapa
3 biji kentang
3 biji bawang besar, potong 4
3 biji cili merah (belah 2)
sedikit kacang peas
5 biji bawang merah, hiris, gaul dengan sedikit garam dan goreng, buat bawang goreng
3 sudu besar rempah korma
rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkeh)
minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula

Untuk diblend :
2 biji cili hijau
2 biji tomato merah
sedikit kunyit hidup
6 biji bawang putih
6 biji bawang merah
seketul besar halia

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan rempah tumis hingga wangi
2. Masukkan bahan diblend. Kacau lagi hingga naik minyak.
3. Masukkan rempah kurma'. Kacau lagi hingga wangi.
4. Masukkan ayam atau daging. Kacau dan biarkan sehingga separuh masak. (Masukkan sedikit air jika perlu)
5. Masukkan santan dan masak hingga ayam/daging masak.
6. Masukkan kentang dan biarkan kentang empuk
7. Masukkan cili merah dan bawang besar
8. Letak garam dan gula. Sesuaikan rasanya.
9. Masukkan bawang goreng dan kacang peas.
10. Tutup api

Sesuai dimakan bersama nasi minyak, ayam merah dan acar

Saturday, May 14, 2005

Ayam Masak Merah

Bahan:
1 ekor ayam, potong 12. Bersihkan.
1 cawan santan
1 cawan raisins
2 biji kentang, potong wedges, goreng dalam minyak banyak dan toskan
1 batang carrot, potong-potong
1/2 cawan kerisek
Minyak untuk menumis
Sedikit rempah tumis - kayu manis, buah pelaga, cengkeh dan bunga lawang
sedikit garam, sedikit gula

Bahan kisar
2 cawan cili
5 batang serai,
1 ketul lengkuas,
12 biji bawang merah
8 biji bawang putih

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan rempah tumis dan masukkan bahan kisar.
2. Setelah naik minyak, masukkan ayam.
3. Kacau hingga ayam sedikit masak.
4. Masukkan santan dan kacau hingga ayam masak. Masukkan garam dan gula
5. Masukkan raisins, kerisek, carrot, dan kentang goreng.
6. Kacau sekejap dan tutup api

Friday, September 03, 2004

Nasi Ayam

Bahan :
Nasi
2 cawan beras wangi
2 cawan air
1 kiub ayam Knorr
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit halia
mentega utk tumis
sedikit minyak

1. Basuh dan rendam beras at least 4 jam sebelum masak
2. Panaskan minyak, letak butter
3. Masukkan halia dan bawang putih
4. Setelah halia dan bawang putih garing sikit, masukkan air dan kiub ayam.
5. Tunggu hingga air didih dan masukkan beras dan bawang besar yang telah dihiris.
6. Biarkan periuk tu off sendiri. Sesekali kacau-kacau la nasik tuh.

Ayam
Seekor ayam potong 12
Sedikit halia
4 biji bawang putih
5 sudu besar kicap kipas udang kaler merah
sedikit worchestershire sauce (tak de pun tak pe)
sedikit madu
2 biji limau kasturi

1. Blend bawang putih, halia, kicap, sauce dan madu
2. Gaul dengan ayam dan perahkan limau. Gaul lagi dan simpan at least 2 jam sebelum goreng
3. Panaskan minyak dan goreng (deep fry).Kalau taknak goreng, nak grill pun boleh.
4. Hasilnya ayam akan jadik kemerah-merahan. Kalau tak letak limau dia tak nak jadik merah.


Sos Cili
6 biji cili merah besar
2 biji bawang putih, hiris dan goreng
3 biji bawang merah, hiris dan goreng
1/2 cup sos cili
1/2 cup sos tomato
1/2 cup air asam jawa
1. Blend cili, bawang merah dan bawang putih
2. Masukkan semua benda dan bahan yg diblend tu dalam periuk
3. Didihkan dengan api kecil dan adjust rasa.

Sup
Leher ayam
Kaki Ayam
Tongkeng Ayam
Halia
Bawang Putih
Bawang Besar
Carrot, cauliflower, mushroom dll (ikut suka nak letak sayur apa)
1. Rebus leher, kaki dan tongkeng dengan bawang putih dan halia hinga lembut
2. Adjust rasa sup tu, tambah kiub ayam dan garam ikut suka rasa
3. Dah mendidih, masukkan sayur dan mushroom

Siap semua, boleh dihidangkan !