1. Kita siapkan adunan-adunan tepungnya dahulu.
Untuk Lapisan Hijau :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan, kalau tak suka manis)
5 cawan air
secubit kapur
Cara: Campurkan semua bahan di atas dan kacau rata. Biarkan dahulu.
Untuk Lapisan Putih :
4 cawan santan (dari sebiji kelapa)
6 sudu besar tepung beras
sedikit garam
Cara : Campurkan semua bahan dan gaul rata. Garam tu, biar terasa sikit, baru kick lemak santan.
Lapisan Air Gula :
(Tak nak letak pun tak apa. Nanti kuih manis sangat. Tidak elok untuk kesihatan anda. Tapi kalau letak, sedap lebih lah kuih nih. )
1/2 biji gula melaka
1/2 cawan air
Cara : Masak hingga pekat. Dah masak ratakan dalam loyang seperti gambar ini.
2. Masak Lapisan Hijau. Kacau tanpa henti atas api hingga masak, berkilat-berkilat macam gambar bawah ini.
Dah masak, ratakan dalam loyang si atas gula Melaka tadi.
3. Masak pula Lapisan Putih. Kacau tanpa henti hingga masak.
Ratakan atas Lapisan Hijau.
Ni dia dah sejuk dan sudah siap untuk dimakan. Tak boleh potong yer, Puan-Puan. Kena cedok-cedok sebab terlalu lembut. Tepung Pelita ni sebenarnya caranya ialah diletakkan dalam bekas-bekas daun pandan/daun pisang yang comel-comel itu. Disebabkan saya fail bab membuat bekas itu, maka inilah versi saya yang mudah dan senang.
15 comments:
salam kak g. mira baru jumpa sini. menariknya! kalau boleh, kak g sediakan resipi dengan gambarnya sekali ya? mira betul2 berminat nak belajar. nak cuba. semua!!! ^^
p/s: link my recipes kat atas tu lum berfungsi ya?
salam ramadhan mira :)
tengah mengodek template lagilah mira ..
haah, cadangnya nak buat camtulah - siap dengan gambar cara nak masak.
mira trylah wat kuih nih, senang sangat :)
akak lupa lak mira.
semua resepi ni, my own resepi atau pun yg dah pernah akak masak sendiri.
all tested :)
kak g
orait!!! cayalah kak g! ^^ nak dapat tunjuk ajar terus. bila eh? :p
saya pn sgt tertarik ngan cara blajar camni yg siap ade gmba lg..=)truskan ye mama g..
I memang tengah mencari-cari resepi mudah macam ni. InsyAllah... bolehlah I cuba Sabtu nanti.
Sukatan cawan tu.. agak2nya cawan macam dalam gambar ke?
Salam
Nmpk sedap semua resepi kt sini... cara watnye pun dtunjukkn..... tq.... tk kedekut ilmu.... moga Allah memberi gnjarn pahala brlipt kli gnda....
salam...resipi mudah yg menarik.tp ni bukan tepung pelita. tepung pelita a.k.a. kuih sampan, guna tepung gandum. yg ni kuih sum sum manis. kat kelantan pggil lompat tikam..ramai yg keliru..dlm daun pandan pulak, kuih tako..tq.|cikguert|
salam akak. kalau tak guna kapur tu boleh tak? hehe. nak cuba ni tp kat tempat saya ni tak tau nk carik kat mana kapur.
best2 :)..ni la kuih kegemaran adik2 sa..tq
Terima kash kerana bg resepi ni.
Sukaaaa! Sb at last daa jumpa resepi yang senang dan sodap! makasih...ye!
Suka..da buat tp x sama...yg putih lapisan atas tu...pekat...pastu bla ltak diatas yg hijau ..dia x comelll...ada tips x nak cantikn dia...bg licin dlm pic tu. Lawa sangattt....first try...hehe...
Tq resepi nye. Nk try wat xpenah wat sebab rasa leceh tapi resepi ni macam mudah pula. Kalau tak letak kapur makan x leh ke?
Post a Comment