Ni resepi Cucur Bawang. Biasa lah Cucur Bawang, kan ? Tapi ni resepi style saya yg lebih sedap tau ! hehe
Bahan :
Tepung Gandum
Kacang Dhal
Bawang
Ikan Bilis
Daun bawang, daun sup
Air
Minyak Untuk Mengoreng
( Semuanya secukupnya yer. )
Cara :
1. Rendam kacang dhal sebentar
2. Blend kacang dhal, Masukkan dalam mangkuk adunan. Saya pakai periuk jer :)
3. Masukkan bawang dan blend, sebentar sahaja. (kira hancur sikit, cukup). Kalau rajin, hiris bawang besar ni.
4. Campurkan semua bahan - tepung gandum, dhal sudah diblend, bawang besar, daun bawang, daun sup dan ikan bilis.
5. Masukkan air dan adunkan sehingga jadi batter yg boleh digoreng. Kalau nakkan cucur yg lembut (garing luar, lembut dalam) biarkan adunan cair sedikit.
6. Biar sebentar, dia akan naik sedikit (ada buih-buih). Kalau terus goreng nnt keras pula sebab tak letak baking powder/soda.
7. Panaskan minyak dan goreng.
8. Hidangkan panas dengan sos cili.
Ni dhal Malawi. Lebih sedap dibandingkan dengan dhal biasa. Kalau suka dhal letak banyak, tak berapa suka, letak sikit, tak suka, jangan letak.
3 comments:
tq ek.nk trylah sbb sblm ni xpernah ag wat cucur yg a de kcg dal
Saya google, dan jumpa ini resepi. Terimakasih. Hari ni nak try.
TQ atas perkongsian. Orang bujang nak try masak nih. Ha2. Beli tepung seminggu dah. Tak tau nak buat apa.
Post a Comment