MEE REBUS BUKIT SERAMPANG
Bahan:3 kilo mee
1 kilo taugeh
cili hijau
daun bawang, daun sup
bawang goreng
limau kasturi
telur rebus
tahu goreng
Cara:1. Celur mee. Celur taugeh
2. Bersihkan dan potong semua daun-daun dan cili
3. Potong tahu dan telur rebus
Kuah:100 gram halia
300 gram lengkuas
20 batang serai
100 gram bawang putih
100 gram bawang merah
300 gram udang kering
500 gram udang, buang kulit, rebus kulit & kepalanya, blend ambil air
Sotong lembek (warna coklat) 1 ekor
Fishball / fishcake ikut suka
1 kg keledek, rebus dan blend hancur
500 gram kentang, potong kiub
2 sudu tepung jagung utk pekatkan kuah
250 gram serbuk kari daging
Minyak untuk menumis
Garam dan gula ikut rasa
Satu periuk air rebusan tulang ayam
Cara:1. Blend halia, lengkuas, serai, bawang merah dan bawang putih.(A)
2. Basuh udang kering, tos dan goreng tanpa minyak. Blend.
3. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yg telah diblend (A)
4. Bila telah wangi, masukkan serbuk kari. Kacau sebentar
5. Masukkan air dan air rebusan kepala dan kulit udang
6. Masukkan keledek hancur, serbuk udang kering, udang, sotong, fiahball, fishcake dan kentang kiub.
7. Masakkan hingga pekat.
8. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa. Masukkan tepung jagung.
9. Biarkan sebentar dan tutup api.
Cara menghidang:1. Letakkan taugeh bawah sekali. Letakkan mee. Curah kuah dan hiaskan dengan daun bawang, daun sup, cili hijau, bawang goreng, telur rebus, tahu dan limau kasturi.
++++++++++++++
SAMOSA AYAM Bahan isinya2 keping dada ayam, tarik isinya dan cincang
1 peket kecil sayur campur
1 pokok daun bawang, cincang
1 biji bawang besar, potong kiub
3 biji bawang putih, cincang
1 sudu besar rempah kari
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menumis
minyak untuk 'deep fry' samosa
Bahan kulitnya1 peket kulit popia size besar
1 biji telur, pukul sedikit
Cara:1. Panaskan minyak. Masukkan isi ayam dan bawang putih. Kacau sampai isi ayam masak. Masukkan rempah kari dan kacau sebentar.
2. Bila rempah telah wangi, masukkan semua bahan lain.
3. Adjust rasa dan tutup api
4. Masukkan inti yang siap ni dalam tapis aluminium untuk keluarkan minyak.
5. Ambil kulit popia dan potong kepada tiga bahagian memanjang.
6. Sudukan satu sudu inti dan lipat segitiga hingga sampai hujung kulit popia.
7. Lekatkan hujungnya dengan telur yang dipukul.
8. Buat sampai habis
9. Goreng dalam minyak yang banyak. Masukkan sekejap sahaja. Jangan tunggu hingga kuning. Kulit popia nipis, ianya senang masak.