Thursday, November 16, 2006

Kek Cokelat Kukus


(Satu Adunan, 2 kek)

Kek Cokelat ni sangat moist dan senang buat. Muai pulak tu, satu adunan, boleh dapat 2 biji kek. Ikut cara, step by step.

1.
Masakkan dulu :

2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula pasir
1 cawan susu manis (i used MilkMaid)
1 tin susu cair (evaporated milk, i used Nestle's Ideal)
Cara :
Masukkan semua bahan di atas dalam periuk, letak atas api. Jangan mendidih, sekadar semua bercampur dan gula hancur. Sejukkan.

2.
Panaskan kukusan. Masukkan air 3/4 kukusan dan panaskan kukusan. Sediakan tin kek. Sediakan 2 tin sebab adunan ni muai. Alas bawah tin dengan aluminium foil dan sapu dengan mentega. Tepi tin pun sapu jugak. Guna tin yang at least 7"X7". Isikan separuh tin sahaja adunan tu nanti sebab ianya akan naik sekali ganda.

3.
Ayakkan :

2 1/2 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
2 tsp soda bicarbonate
Cara :
Campurkan semua bahan di atas dan ayak 3 kali.

4.
Pukulkan :

7 biji telur saiz B
Cara :
Pukul hingga betul-betul naik dan kembang

5. Pastikan air dalam kukusan sudah mendidih. Kecilkan api.

6. Masukkan campuran tepung (no.3) kedalam adunan no. 1 yang dah suam. Kacau, satu arah sahaja sehingga semuanya bergaul rata. (Kalau kacau kekanan, make sure ke kanan sahaja, jangan men tibai kacau ikut suka)

7. Masukkan adunan telur (no.4). Pun kacau ikut arah yang sama hingga adunan bergaul rata.

8. Masukkan adunan dalam tin kek, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 1/2 jam atau sehingga masak. Kecilkan api kukusan tuh yer. Kalau api kuat, karang kek anda mendak kat tengah pulak.

SELAMAT MENCUBA.

Nota :
Anda boleh letakkan topping bila kek dah sejuk. Resepi topping, cari sahaja dari links saya yang berlambak tu. Untuk topping dalam gambar tu, saya guna topping yang anak-anak suka. Begini caranya,
Mentega (dalam 1 bar), keluarkan dari fridge dan biarkan sehingga lembut. Mentega sejuk dan beku, takleh tau. Biar dia sehingga pada suhu bilik.
Susu pekat manis (ikut suka, banyak mana nak letak, nak manis -letak banyak, tak nak manis, letak sikit)
Milo (pun letaklah ikut suka gak)

Cara :
Pukul mentega hingga putih, masukkan susu manis dan milo. Dah bergaul rata semuanya, bolehlah digunakan. Kalau nak lapiskan di kek, potong dua kek tu, letakkan adunan ni dan sandwichkan kek. Lebihannya, buat hiasan atas kek.

Friday, November 10, 2006

Dadih

Bahan :

1 packet agar-agar biasa (strips)
5.5 liter air paip
1 peket coffeemate (450 gm, kots ?)
1 kg gula pasir
1 tin susu cair (evaporated milk)
perasa ikut suka (keladi, jagung, koko, strawberry ..)



1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar hancur.

2. Masukkan gula dan masak hingga mendidih.

3. Masukkan coffeemate

4. Masukkan susu cair dan biarkan mendidih sekejap. Kemudian, bahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut berapa perasa yang anda nak guna. Setiap bahagian, masukkan perasa dan tuang dalam container kecil (macam dadih jual pasar malam tuh pakai tuh).


Perisa strawberry


Perisa original dan jagung.

5. Buat sampai habis. Sejukkan sebelum ditutup covernya. Dah sejuk betul, baru tutup, kalau tidak, nanti senang basi.


6. Masukkan dalam fridge dan boleh makan bila sudah sejuk.

Wednesday, October 11, 2006

Biskut Raya Series

Biskut Cornflakes


Photobucket - Video and Image Hosting


Bahan :
1 box cornflakes (guna Kelloggs)
2 biji telur
250 gm butter
180 gm gula halus
300 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
Ceri merah untuk hiasan

Cara:
1. Ayak tepung dengan baking powder
2. Hancurkan cornflakes
3. Pukul butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan tepung dan cornflakes.
5. Guna sudu teh dan bentuk kuih. (Sudu-sudukan saje)
6. Hias dengan ceri
7. Bakar hingga masak.

+++++++++

CHOCOLATE CHIP COOKIES (Sis Rossya) . Taken from MamaFaMi's Page. Thank You !

Ingredients :
8 ozs butter
5 ozs castor sugar
1/2 teaspoon bicarbonate of soda
1 teaspoon cream of tartar
a pinch of salt
1 cup Milo
10 ozs self-raising flour
6ozs Hershey's semi-sweet mini chocolate chips
1 teaspoon vanilla essence
1 egg yolk

Method :
1. Beat butter, sugar, salt, vanilla essence, cream of tartar and bicarbonate of soda till creamy.
2. Add in egg yolk and continue beating.
3. Add in Milo and chocolate chips.
4. Finally add in self raising flour.
5. Take a small portion of the dough and arrange on the tray. Leave some space in between each dough.
6. Bake till golden brown, about 15 minutes.

Versi saya
1. Satu adunan saya ikut sepenuhnya resepi di atas
2. Satu adunan, saya cuma letak 1 sudu besar milo dan letak strawberry-flavored chips dan chocolate rice.
3. Satu adunan, letak 1/2 cup milo, white choc chips dan choc chips.

Verdict :
Yang no. 3 dha nak habis dah anak makan !

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni yang letak strawberry chips tu

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting

Biskut Arab

Photobucket - Video and Image Hosting


Bahan:
500 gm tepung gandum
250 gm gula halus
Minyak sapi secukupnya
Pewarna merah, hijau, kuning.

Cara:
1. Goreng tepung gandum, tanpa minyak hingga tepung sedikit kekuningan. Sejukkan dan ayak tepung.
2. Campurkan tepung gandum dengan gula halus hingga rata.
3. Masukkan minyak sapi dan gaul rata hingga boleh membentuk adunan.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian - merah, hijau dan kuning.
5. Ambil sedikit dari setiap warna dan bentukkan bola-bola kecil.
6. Bakar selama lebih kurang 10-15 mins.
7. Sejukkan dan golekkan dalam gula ising. Golekkan 5-8 biji sekali buat, jangan banyak-banyak sekali, nanti pecah.
8. Masukkan dalam papercups.
9. Biskut ni sedap, sure jadi punya jenis dan 'melt-in-your-mouth'.

Photobucket - Video and Image Hosting
Masa buat ni, gula ising dah habis, jadi saya golekkan biskut dalam gula castor !

Sunday, October 08, 2006

Biskut Sarang Semut dan Biskut Dahlia

BISKUT SARANG SEMUT

Bahan :
350 gm tepung gandum + 100 gm tepung jagung
1 buku mentega (250 gm)
100 gm gula castor
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur
sedikit hiasan - manik atau apa-apa sesukahati anda

Cara :
1. Ayak kedua jenis tepung.
1. Dalam mangkuk adunan, pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul sebentar. Masukkan esen vanila.
3. Dah rata, masukkan tepung dan gaulrata adunan.


Photobucket - Video and Image Hosting
4. Guna pemarut cheese dan parutkan adunan.



Photobucket - Video and Image Hosting
Parut hingga habis semua adunan.


Photobucket - Video and Image Hosting
Masukkan dalam paper cups yang kecil.


Photobucket - Video and Image Hosting
Taburkan chocolate rice. Hias biskut. Bakar dalam jangka masa 15-20 minit. (Biskut ni cepat masak)


Photobucket - Video and Image Hosting
Biskut Sarang Semut yang dah siap masak.


++++++++++++++++++

Ni biskut yang saya ambil dari Resepi Diana. Thanks so much, Diana !!! Ikut betul-betul resepi yang dia bagi, cuma hiasan jer saya guna ceri merah.


BISKUT DAHLIA

Bahan-bahannya :
320 gram mentega
450 gram tepung gandum, diayak
25 gram tepung custard
2 biji kuning telur
175 gram gula aising
1/3 sudu teh esen vanilla
sedikit jelly tip, dipotong dua, cuci dan toskan

Cara-caranya :
Mentega, telur, gula aising, tepung custard dan vanilla digaul rata. Masukkan tepung gandum. Uli sehingga dohnya lembut. Ambil sedikit doh, masukkan kedalam acuan bunga dahlia. Tekan sehingga terbentuk sekuntum bunga dahlia. Hias dengan jelly tip dan bakar sehingga garing.

Photobucket - Video and Image Hosting
Anak teruna saya yang tolong tekankan kuih nih.


Photobucket - Video and Image Hosting
Anak dara saya hiaskan dengan ceri merah.


Photobucket - Video and Image Hosting
Biskut Dahlia, dah masak. Calculator tu untuk tukarkan oz ker gram. Bukan untuk resepi ni, tapi resepi Biskut Cornflakes dan Choc Chips.


Thursday, October 05, 2006

Creme Caramel for Iftar

dan juga .. cucur udang.

Resepi saya, seperti juga saya - mudah dan senang. Saya tidak suka resepi yang susah dan rumit untuk dibuat. Maklumlah, sebagai fulltime homemaker - banyak benda yang perlu saya urus - nak masak, kemas rumah, sapu rumah, mop lantai, cuci toilet, layan bawang putih, bawang merah, layan hikmah .. oh, listnyer banyak sangat.

Hari ni saya buat Creme Caramel dan Cucur Udang untuk berbuka. Juga masak Mee Goreng, buat Sambal Udang dan Daging Goreng Merah ala Siam.

++++++

Creme Caramel

Bahan :
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
1 tin air
6 biji telur
2 sudu besar gula (adunan puding)
4 sudu besar gula (gula hangus)
2 sudu besar tepung custard



Photobucket - Video and Image Hosting


Cara :

1. Panaskan kukusan. Air mesti mencukupi untuk mengukus 1 jam.

2. Masukkan gula pasir (4 sudu) kedalam loyang puding.(boleh gula tin kek) Letak atas api kecil dan biarkan gula cair. Kacau sedikit hingga bewarna sedikit coklat. Walaupun namanya gula hangus, tolong jangan hanguskan gula itu. Nanti pahit. Tutup api dan biarkan gula beku.


Photobucket - Video and Image Hosting


3. Dalam mangkuk adunan, pecahkan semua telur dan masukkan 2 sudu gula. Kacau dengan garfu. Jangan sampai berbuih, cukup sekadar bergaul rata dengan gula.

4. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.

5. Masukkan pula susu cair.

6. Tepung custard dilarutkan kedalam 1 tin air.

7. Masukkan kedalam adunan susu dan telur tadi. Kacau rata.

8. Masukkan ke dalam loyang dan kukus.



Photobucket - Video and Image Hosting
Kalau tak letak lesung tuh, dia taknak tutup rapat. Kain tu utk serap air.


9. Puding akan masak dalam jangka waktu 1 jam. Biarkan api sederhana besar.

10. Dah masak, sejukkan dulu, simpan dalam fridge barulah dihidang.

11. Guna kreativiti anda untuk menghias.

+++++++

Cucur Udang

Bahan :

Tepung Gandum
Udang kecil
Susu pekat manis + air sejuk
Taugeh
Daun kunyit, hiris halus
1 sudu kecil cili blend
1/4 sudu kecil kunyit serbuk
Minyak untuk mengoreng

Cara :
1. Campurkan susu dan air dan cili blend, serbuk kunyit dan daun kunyit. Masukkan udang.



Photobucket - Video and Image Hosting


2. Masuk tepung, adun rata.



Photobucket - Video and Image Hosting


3. Masukkan taugeh. Dan gaul rata.



Photobucket - Video and Image Hosting


3. Simpan sekurang-kurangnya 1 jam, sehingga tepung naik. (Jangan letak bahan penaik, biarkan tepung kembang sendiri)

4. Panaskan minyak dan goreng.

5. Hidangkan dengan sos cili (lihat resepi nasi ayam utk sos cili saya)

Tuesday, October 03, 2006

Biskut-Biskut (Raya Cookies)

( Tiada gambar, gambar akan dimasukkan bila saya buat biskut ni minggu depan)

Biskut Oat

Bahan :
1 tin oat (tin 800 gm)
1 tin minyak sapi (tin 500 gm)
1 tin gula halus (guna tin minyak sapi 500 gm)
2 tin minyak sapi tepung gandum (guna tin minyak sapi 500 gm)
Hirisan badam
Kuning telur untuk sapu atas biskut

Cara :
1. Blend oat hingga halus
2. Pukul minyak sapi dengan gula hingga kembang
3. Ayak tepung dan campurkan tepung dan oat. Gaul rata. Masukkan kedalam adunan tepung dan oat.
4. Gaul ratakan adunan.
5. Canaikan adunan, potong dengan pemotong biskut dan sapu kuning telur
6. Hiaskan dengan badam hiris
7. Bakar hingga masak


Biskut Cornflake

Bahan :
1 box cornflakes, medium size (guna Kelloggs)
2 biji telur
250 gm butter
180 gm gula halus
300 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
Ceri merah untuk hiasan

Cara:
1. Ayak tepung dengan baking powder
2. Hancurkan cornflakes
3. Pukul butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan tepung dan cornflakes.
5. Guna sudu teh dan bentuk kuih. (Sudu-sudukan saje)
6. Hias dengan ceri
7. Bakar hingga masak.

***Resepi Mak. My favourite Raya cookies. Senang buat. Rupa tak cantik tapi rasa sedap !


Biskut Nestum

Bahan :
4 cawan nestum
1 ½ cawan gula halus
1 cawan kacang tanah, goreng dan tumbuk
1 cawan tepung gandum
½ sudu teh baking powder
6 sudu besar margarine
4 kuning telur

Cara:
1. Pukul marjarin dan gula
2. Masukkan kuning telur. Pukul lagi
3. Masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder, nestum dan kacang tumbuk.
4. Gaul rata. Bentukkan bulat-bulat dan bakar hingga masak.

Thursday, September 28, 2006

Kuih Tepung Pelita Versi Mudah

Bahan-bahannya :

1. Kita siapkan adunan-adunan tepungnya dahulu.

Untuk Lapisan Hijau :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan, kalau tak suka manis)
5 cawan air
5 helai daun pandan, diblend dengan sedikit air, perahkan, tapis dan ambil airnya sahaja.
secubit kapur
Cara: Campurkan semua bahan di atas dan kacau rata. Biarkan dahulu.

Photobucket - Video and Image Hosting

Untuk Lapisan Putih :
4 cawan santan (dari sebiji kelapa)
6 sudu besar tepung beras
sedikit garam
Cara : Campurkan semua bahan dan gaul rata. Garam tu, biar terasa sikit, baru kick lemak santan.

Photobucket - Video and Image Hosting

Lapisan Air Gula :
(Tak nak letak pun tak apa. Nanti kuih manis sangat. Tidak elok untuk kesihatan anda. Tapi kalau letak, sedap lebih lah kuih nih. )
1/2 biji gula melaka
1/2 cawan air
Cara : Masak hingga pekat. Dah masak ratakan dalam loyang seperti gambar ini.

Photobucket - Video and Image Hosting

2. Masak Lapisan Hijau. Kacau tanpa henti atas api hingga masak, berkilat-berkilat macam gambar bawah ini.

Photobucket - Video and Image Hosting

Dah masak, ratakan dalam loyang si atas gula Melaka tadi.

Photobucket - Video and Image Hosting

3. Masak pula Lapisan Putih. Kacau tanpa henti hingga masak.

Photobucket - Video and Image Hosting

Ratakan atas Lapisan Hijau.

Photobucket - Video and Image Hosting

Ni dia dah sejuk dan sudah siap untuk dimakan. Tak boleh potong yer, Puan-Puan. Kena cedok-cedok sebab terlalu lembut. Tepung Pelita ni sebenarnya caranya ialah diletakkan dalam bekas-bekas daun pandan/daun pisang yang comel-comel itu. Disebabkan saya fail bab membuat bekas itu, maka inilah versi saya yang mudah dan senang.

Thursday, February 23, 2006

Ikan Patin BBQ

Image hosting by TinyPic
Ni dia, ikan patin bakar !

Bahan :
1 ekor ikan patin ( 1.5 - 2 kg)
1/2 cawan cili kering yg telah diblended
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 biji buah keras
2 batang serai
sedikit lengkuas (honestly, sy tak reti nak kira pakai inci-inci, tahukan resepi mak-mak kita, where dia org tulis, seinci kunyi lah .. banyak mana seinci kunyit tuh ?)
1 inci sedikit kunyi hidup
2 helai daun limau purut, hiris halus
sedikit garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
aluminium foil utk membalut ikan

Cara :
1. Bersihkan ikan patin. Basuh dengan garam dan asam.
2. Blend serai, lengkuas, buah keras, bawang putih dan bawang merah. (Bahan A)
3. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis (Bahan A).
4. Dah wangi, masukkan cili blend .
5. Masak hingga cili wangi dan masak ler.
6. Masukkan garam dan gula. Rasa.
7. Masukkan daun limau, kacau dan tutup api.
8. Koyakkan sehelai aluminium foil (big enough utk bungkus ikan).
9. Sapu sedikit butter (tak sapu pun tak apa). Dan ada orang letak daun pisang. Kat Kem, kami tak letak.
10. Letak ikan, ratakan tumisan cili tadi dan balut.
11. Bakar atas api atau masukkan dalam oven.
12. Sedap makan dengan nasi lemak macam di Kem !

Ayam Madu style Kem

** Nama sahaja madu, tapi kita orang tak letak madu, payah bakar. Senang hangus :)

1 ekor ayam (potong 12, kalau besar, leceh nak bakar - lambat)
5 biji bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit halia
1/2 cawan kicap Hablal Kipas Udang Manis
2 biji limau kasturi
beberapa titik worchestershire sauce (lea and perrin). tak de pun tak pe.
1 sudu besar gula tebu ( ni ganti madu nih, hehe)
sedikit garam

Cara :
1. Bersihkan ayam dan toskan, biar kering
2. Dalam blender. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia, kicap, gula merah dan kicap.
3. Gaulkan bahan yang diblend dengan ayam. Gaulkan sekali garam dan worchestershire sauce.
4. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
5. Bakar atas api arang atau masukkan dalam oven atau goreng.
6. Ayam ni akan jadi merah-merah. Sedap !

Resepi Cicah Asri

Image hosting by TinyPic
Mangga muda

(boleh digunakan utk mencicah apa sahaja jenis buah-buahan yang layak dicicah). Sila baca resepi dalam Bahasa Kedah. (Akak menaip dalam bahasa Kedah ye, Asri)

Bahan :
Cabai Kering
Belacan
Garam
Kicap
Gula
Kacang tanah goreng, sikit sahaja, kalau nak. Tak dak pun tak pa.

Cara :
1. Blend cabai dan belacan. Keluarkan dan letak dalam mangkuk.
2. Campurkan garam, gula dan kicap.
3. Sedap dimakan dengan mangga muda.

Kek Batik

Cara :
1 butter apa-apa brand pun boleh. ( bukan produk Denmark ye !)
2 packet biskut Marie jenis biasa (saya guna 1 biasa, 1 perisa kopi)
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko + 1 cawan milo + 1 sudu teh nescafe + 1 cawan air panas
1 cawan nestum

Cara :
1. Patahkan biskut kepada 2.
2. Buka tin kedua-dua jenis susu.
3. Panaskan kuali dan masukkan butter.
4. Kacau, biar butter cair tetapi bukan berminyak ye.
5. Masukkan campuran koko milo, susu pekat dan susu cair. Kacau rata. Masukkan nestum.
6. Bila mendidih, masukkan biskut. Kacau rata dan tutup api.
7. Masukkan dalam tin kek dan tekan dengan senduk biar rata.
8. Sejukkan. Simpan dalam fridge lagi elok.

** dapat sebuah kek yang besar.