Wednesday, October 05, 2005

Spaghetti Senang

1 bungkus spaghetti (carik yg isntant punyer, takyah rebus lama-lama)
1 sudu besar butter
500 gram daging cincang (boleh pakai mince meat RamLy tuh)
7 biji tomato merah (yg besar), potong kecil-kecil
1 botol (500 gm pasta sauce)
5 biji bawang besar Holland (yg kaler putih), dipotong kecil-kecil
5 biji bawang putih , dicincang
sebiji capsicum, potong kiub
1 tin cendawan, hiris (button mushroom)
air ikut kepekatan yang anda suka (gravy ni patut pekat)
sedikit olive oil untuk menumis (takde, minyak biasa pun boleh)
sedikit basil, sedikit oregano (takde pun takpe)
sedikit garam
keju parmesan parut

Sediakan gravynya:
1. Panaskan olive oil. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Kacau hingga wangi.
2. Masukkan mince meat dan buah tomato. Kacau sekejap
3. Masukkan air dan sos pasta. Masak hingga daging lembut.
4. Dah mendidih, masukkan cendawan dan capsicum.
5. Masukkan garam.
6. Gravy siap !

Spaghetti.
1. Didihkan air.
2. Masukkan spaghetti dan masak hingga spaghetti 'al dente'. Just masak, gitu.
3. Gaulkan dengan butter.

Menghidang
1. Letak spaghetti dalam pinggan-pinggan berasingan. (Jangan hidang style Melayu ye) Kalau 5 orang makan, 5 pinggan lah.
2. Curah gravy atas spaghetti dan tabur keju.
3. Hias dengan english parsley.

Ayam Gerang Asam (Khas Utk Fakiha)

1 ekor ayam, pootng 12 dan bersihkan
1/2 cawan cili kering yg telah diblend
2 sudu kerisek (kelapa goreng yg ditumbuk sehingga berminyak
3 helai daun limau purut
2 batang serai, diketuk
2 cawan air asam jawa
Minyah untuk menumis
sedikit garam, sedikit gula

Blend :
8 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil lada hitam
sedikit halia
sedikit kunyit hidup

Cara Memasak :
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan serai dan kacau sebentar
3. Masukkan bahan yang diblend. Kacau hingga wangi
4. Masukkan cili blend dan kacau lagi hingga naik minyak
5. Masukkan pula ayam dan kacau
6. Dah bergaul rempah dengan ayam, masukkan pula air asam jawa.
7. Biarkan hingga ayam masak, lepas tu masukkan garam, gula, daun limau purut dan kerisek.
8. Biarkan sekejap dan tutup api.

** Ayam boleh digantikan dengan daging. Daun limau purut boleh digantikan dengan daun kesum. Selamat Mencuba !!


Ni resepi Melaka. Negeri lain tak de rasanya masakan begini. Kalau tak silap, saya masak resepi ni 2 minggu lepas. Fakiha suka sangat dan mintak resepi. Ni ha, untuk ko !

Thursday, August 11, 2005

Nasi Goreng Kampung

(Untuk 2 orang)
Bahan :
2 mangkuk sup nasi putih (mangkuk nasi cina)
3 biji bawang putih
8 biji cili padi (nak pedas lagi, tambah), blend dengan bawang putih
1 bawang besar, hiris
1/2 cawan ikan bilis, goreng hingga separuh garing
2 batang kacang panjang (hiris halus-halus, hiris bulat ye)
2 biji telur
sedikit garam dan gula
minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak.
2. Bila minyak dah panas, tumiskan campuran bawang putih dan cili padi. Kacau hingga naik minyak. Masukkan bawang besar hiris dan kacau. Masukkan garam dan gula. Kacau sebentar.
3. Masukkan nasi, hirisan kacang panjang dan ikan bilis.
4, Kacau hingga nasi masak. Nak tahu samada sudah masak atau tidak, biji-biji nasi akan melompat-lompat sikit.
5. Pecahkan telur kat tepi kuali.(tepi dalam kuali tu ye) Seletkan telur tepi kuali tu, dah kacaukan ke nasi goreng.
6. Kacau lagi hingga rata.
7. Siap untuk makan !

Wednesday, August 10, 2005

Kek Pisang




Ahad lepas, hancurkan pisang untuk buat jemput-jemput (cekodok). Tengok dalam tin tepung, tepung habis. Alahai ! Yang ada self-raising flour. Maka, saya pun godek jerlah dan buat cake pisang :)


Bahan :
1 gelas pisang yang telah dihancurkan (gunalah pisang apapun. saya guna pisang emas)
2 gelas tepung naik sendiri (MFM ke, apa brand pun boleh)
3/4 gelas gula castor
1 buku butter
1 sudu kecil rata halus
5 biji telur besar
sedikit badam atau apa-apa nuts pun boleh jika suka.
1 sudu kecil esen pisang (kalau ada, kalau tak letak esen pun tak pe)
Tin kek yang telah dilapisi aluminium foil dan dilenser dengan margarin

Cara :
1. Pukul butter dan gula hingga putih
2. Masukkan telur ( one at a time)
3. Bila dah kembang, masukkan pisang dan tepung, sedikit demi sedikit hingga habis. (Jangan pukul lama, cukup sekadar rata)
4. Masukkan nuts dan esen. Pukul sebentar.
5. Masukkan adunan dalam tin kek
6. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam dalam oven yang panasnya 180 darjah.

Untuk resepi Mat Salleh punya klik sini

Tuesday, August 02, 2005

Biskut Nestum Kacang

2 cawan nestum
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan kacang tanah yg telah digoreng dan ditumbuk kasar-kasar
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh baking powder
2 kuning telur
4 sudu besar margarine
1 kuning telur, pukul, Ini untuk sapu atas biskut.

Cara:
1. Ayak tepung dan baking powder. Masukkan nestum dan kacang tumbuk, gaulkan. (Bahan A)
1. Pukul margarine dan gula hingga putih
2. Masukkan kuning telur dan pukul sebentar
3. Masukkan Bahan A, sedikit demi sedikit
4. Uli sehingga semuanya bergaul rata. Sebentar sahaja ye.
5. Ambil sedikit demi sedikit, bulat-bulatkan sebesar guli kecil.
6. Sapukan dengan kuning telur dan bakar dalam oven 180 darjah selama 15-20 minit.

Thursday, July 21, 2005

Ikan Bakar cara Portugis

Resepi ini saya belajar dari kawan-kawan Serani saya. Lupa siapa - Jennifer atau Gertrude kots ?

Bahan :

1 ekor ikan siakap
3 sudu besar cili blend
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Publish Post

1 batang serai
sedikit lengkuas
3 helai daun limau purut, hiris halus-halus
3 sudu minyak bawang putih
1 sudu penuh garam halus
1 sudu penuh gula
aluminium foil

Cara:

1. Buat minyak bawang putih. Ambil 6 biji bawang putih dan basuh. Jangan buang kulit. Tumbuk. Panaskan 1/2 cawan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga garing. Sejukkan.
2. Bersihkan ikan dan kelar-kelar ikan itu.
3. Blend bawang putih, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas dan cili blend.
4. Gaulkan bahan blend dengan garam dan gula. (Bahan A)
5. Letak ikan atas foil dan sapukan bahan Bahan A Sapu rata.
6. Tuangkan minyak bawang putih dan tabur daun limau purut.
7. Lipatkan foil.
8. Boleh bakar dalam oven, atas api cara BBQ atau atas kuali capati (kuali leper).

Selamat Mencuba !!!

Sunday, July 10, 2005

MEE REBUS BUKIT SERAMPANG & SAMOSA

MEE REBUS BUKIT SERAMPANG

Image hosted by TinyPic.com


Bahan:
3 kilo mee
1 kilo taugeh
cili hijau
daun bawang, daun sup
bawang goreng
limau kasturi
telur rebus
tahu goreng

Cara:
1. Celur mee. Celur taugeh
2. Bersihkan dan potong semua daun-daun dan cili
3. Potong tahu dan telur rebus


Kuah:
100 gram halia
300 gram lengkuas
20 batang serai
100 gram bawang putih
100 gram bawang merah
300 gram udang kering
500 gram udang, buang kulit, rebus kulit & kepalanya, blend ambil air
Sotong lembek (warna coklat) 1 ekor
Fishball / fishcake ikut suka
1 kg keledek, rebus dan blend hancur
500 gram kentang, potong kiub
2 sudu tepung jagung utk pekatkan kuah
250 gram serbuk kari daging
Minyak untuk menumis
Garam dan gula ikut rasa
Satu periuk air rebusan tulang ayam

Cara:
1. Blend halia, lengkuas, serai, bawang merah dan bawang putih.(A)
2. Basuh udang kering, tos dan goreng tanpa minyak. Blend.
3. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yg telah diblend (A)
4. Bila telah wangi, masukkan serbuk kari. Kacau sebentar
5. Masukkan air dan air rebusan kepala dan kulit udang
6. Masukkan keledek hancur, serbuk udang kering, udang, sotong, fiahball, fishcake dan kentang kiub.
7. Masakkan hingga pekat.
8. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa. Masukkan tepung jagung.
9. Biarkan sebentar dan tutup api.

Cara menghidang:
1. Letakkan taugeh bawah sekali. Letakkan mee. Curah kuah dan hiaskan dengan daun bawang, daun sup, cili hijau, bawang goreng, telur rebus, tahu dan limau kasturi.

++++++++++++++

SAMOSA AYAM

Bahan isinya
2 keping dada ayam, tarik isinya dan cincang
1 peket kecil sayur campur
1 pokok daun bawang, cincang
1 biji bawang besar, potong kiub
3 biji bawang putih, cincang
1 sudu besar rempah kari
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menumis
minyak untuk 'deep fry' samosa

Bahan kulitnya
1 peket kulit popia size besar
1 biji telur, pukul sedikit

Cara:
1. Panaskan minyak. Masukkan isi ayam dan bawang putih. Kacau sampai isi ayam masak. Masukkan rempah kari dan kacau sebentar.
2. Bila rempah telah wangi, masukkan semua bahan lain.
3. Adjust rasa dan tutup api
4. Masukkan inti yang siap ni dalam tapis aluminium untuk keluarkan minyak.
5. Ambil kulit popia dan potong kepada tiga bahagian memanjang.
6. Sudukan satu sudu inti dan lipat segitiga hingga sampai hujung kulit popia.
7. Lekatkan hujungnya dengan telur yang dipukul.
8. Buat sampai habis
9. Goreng dalam minyak yang banyak. Masukkan sekejap sahaja. Jangan tunggu hingga kuning. Kulit popia nipis, ianya senang masak.

BERGEDIL

500 gm kentang, kupas kulit, hiris dan goreng
1 cawan daging/isi ayam kisar
6 biji bawang putih, cincang halus
2 biji bawang besar, potong dadu
1 pokok daun bawang, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1/4 batang carrot, potong kiub, kecil-kecil
1 merah telur
2 biji telur
Minyak untuk mengoreng

Cara:
1. Goreng daging/ isi ayam dengan bawang putih hingga masak. Keluarkan dari kuali.
2. Tumbuk kentang yang telah digoreng hingga lumat
3. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali 2 biji telur
4. Uli bahan diatas.
5. Bentukkan bulat atau bujur. Leperkan sedikit
6. Panaskan minyak
7. Celupkan bergedil dalam telur yang telah dipukul dan goreng tenggelam.
8. Angkat bila telah kuning.
9. Hidangkan dengan sos cili

Friday, July 08, 2005

Tin's Easy-Peasy Pudding

Semasa cuti Raya Cina lepas, TokRimau dan keluarga datang ke Kem. Tin ( Tok's wife) buat pudding ni untuk semua di Kem. Tersangatlah senangnya !

Bahan :
2 packet puding mangga (yg comel-comel)
1 tin susu cair Ideal
1 tin fruit cocktail
1 tin peaches

Cara :
1. Buka semua pudding dan masukkan dalam bekas.
2. Buka susu, fruit cocktail dan peaches, masukkan dalam bekas pudding tadi.
3. Sejukkan semuanya dalam fridge.

Hari tu, kami berBBQ dan makan pudding ni sebagai dessert. Kucai makan paling banyak !


Wednesday, July 06, 2005

Pizza Senang

Petang semalam, we made pizza for dinner. Here's the recipe :) We = me and kids. Hubby tak akan masuk dapur untuk masak. Pantang dia bab masak-memasak nih.

Bahan:
2 pcs pizza base (beli yg frozen, malas nak menguli)
1 botol kecil Leggo's Tomato Puree
1/2 pkt cheese (shredded cheese, lupa nama but sold in a green plastic packet)
3 pcs dada ayam, potong kecil-kecil
1/2 pkt chicken sausages
1/2 cup nenas masak (cut to small cubes)
1/2 capsicum merah
1/2 capsicum hijau
1 biji bawang besar (yg warna putih), potong-potong
1 biji bawang besar (yg warna putih), hiris
sedikit oregano
sedikit basil
garam secukup rasa
olive oil utk menumis (minyak biasa pun boleh)

Cara:
1. Panaskan sedikit olive oil. Masukkan bawang besar. Kacau sebentar dan masukkan ayam. Masak hingga ayam empuk. Masukkan chicken sausage dan goreng hingga masak. Masukkan garam dan rasa. Tutup api.
2. Sapukan tomato puree atas pizza base. Sapu rata ye. Sapuan yang tebal.
3. Taburkan cheese. Taburkan oregano dan basil
4. Letakkan ayam dan sausage yang dah masak tu.
5. Tabur lagi cheese.
6. Taburkan nenas, capsicum dan bawang.
7. Tabur lagi cheese, oregano dan basil
8. Bakar dalam oven selama lebih kurang 7 minit.
9. Selamat mencuba.

Anda boleh letak toppings sesuka hati. Tiada undang-undang pizza. Tiada pizza police yang akan tangkap jika salah buat pizza ye ! Pizza recipes here and here

Di rumah saya, saya cuma masakkan ayam dan sausage tu sahaja, yang lain dibuat oleh anak teruna saya, Ridzwan (16) dan Hafidz (14). Nadzrin (9) dan Syahirah (6) pun tolong juga.

Babah, makan sahaja. Dan komen.

Tuesday, July 05, 2005

Ayam Goreng Berempah dan Sambal Belacan

2 ekor ayam (potong 8)
6 biji bawang putih
6 biji bawang merah
2 sudu teh garam halus
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili (kalau tak suka pedas, takyah bubuh)
4 sudu besar tepung gandum
beberapa helai daun pandan
minyak untuk mengoreng (deep fry)

Cara:
1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah
2. Gaulkan kedua bawang dan garam kepada ayam. Gaul rata.
3. Masukkan rempah dan serbuk cili kepada ayam. Gaul lagi.
4. Masukkan tepung dan gaul lagi.
5. Perap selama 2 jam atau lebih (simpan dalam fridge)
6. Panaskan minyak, dan masukkan daun pandan
7. Bila minyak panas, masukkan ayam dan goreng.

Sedap dimakan bersama nasi lemak !

My Special Sambal Belacan (khas untuk IwanHensem yang tolong buat hari tu )

8 biji Cili Merah ( my Mak said kalau takmo sambal belacan pedas, jumlah cili kena nombor genap)
1 ketul Belacan bakar
1 biji tomato
1 bawang besar, hiris kasar-kasar
1 bawang putih
4 biji limau kasturi
garam dan gula sesedap rasa

Cara :
1. Tumbuk cili dan belacan
2. Masukkan bawang besar dan putih, tumbuk
3. Masukkan tomato, tumbuk lagi
4. Masukkan garam dan gula, gaul sedikit
5. Perahkan limau kasturi.

*** hari tuh, tak tumbuk, kan Iwan ? Blend sajer sebab malas ! Kami hidangkan sambal belacan dengan sayur kobis panjang masak tumis air letak soohoon dan fuchuk dan ikan goreng.

Monday, June 13, 2005

Marinates Utk BBQ

Lamb (1 whole Lamb)

3 sudu besar Jintan Manis
3 sudu besar Jintan Putih
1 sudu besar Kunyit Serbuk
3 sudu besar Kurma' Powder
5 batang Serai
2 ketul besar Halia
15 biji Bawang Putih
30 biji Bawang Merah
garam, gula sedikit

1. Bersihkan lamb. Cuci dengan air dan tepung gandum
2. Hang lamb tuh biar tus air
3. Blend semua rempah-rempah tuh, campur dgn garam dan gula
4. Sapu kat lamb dan biarkan. Kalau takut lalat, bungkus dengan plastik
5. Biarkan at least 4 jam, baru start panggang.

****

Ayam ( 2 ekor ayam potong 8 )

6 biji bawang putih
6 biji bawang merah
1 ketul halia
2 sudu besar gula merah (gula tebu)
2 sudu teh (rata) garam halus
1/2 cawan kicap Kipas Udang
6 biji limau kasturi, perah

1. Bersihkan ayam
2. Blend halia, bawang putih dan bawang merah
3. Campur semua bahan dan gaul kepada ayam
4. Biarkan selama lebih 4 jam, baru boleh bakar (simpan dlm fridge ye)

****

Daging (2 kg) (t-bone steak atau bahagian yang lembut. Kalau veal lagi bagus, lagi lembut)

4 sudu besar lada hitam
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
3 biji bawang besar (bawang holland ye - bawang besar kaler putih. takmo bawang bombay)
garam dan gula

1.Potong daging (melintang ira daging) ikut saiz senang di BBQ (Jgn potong kecil, kang jatuh dlm api lak). Bersihkan.
2.Blend semua bahan
3. Gaul bahan blend dengan daging, gula dan garam.
4. Biarkan selama lebih 2 jam dan boleh masukkan dlm oven atau gril atau api

****

BBQ Sauce
Bahan :
1 biji Bawang besar
sedikit butter untuk menumis
1 cawan tomato sauce
1 cawan chili sauce
1 sudu tabasco sauce (jika suka pedas, tak letak pun tak pe)
1/2 cawan air sejuk

Cara :
1. Potong dadu bawang besar (small cubes ye)
2. Panaskan butter
3. Masukkan bawang dan goreng sampai wangi
4. Masukkan semua sauces dan air
5. Biarkan mendidih dan tutup api.

Wednesday, June 08, 2005

Nasi Minyak dan Acar Darat

Nasi Minyak

Bahan :

2 tin susu beras basmathi (basuh dan tos)
1 1/2 tin air
1/2 tin susu evaporated (susu cair), dicampurkan dengan 1 sudu besar orange Sunquick
1 senduk minyak sapi
2 biji bawang besar, hiris bulat
1/2 cawan raisin
1/2 cawan biji gajus atau badam (ikut pref.. nak letak dua-dua pun boleh)
sedikit pewarna kuning
rempah tumis
2 helai daun pandan, simpulkan

Bahan diblend :
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
seketul halia

Cara:
(Masak menggunakan electric rice cooker)
1. Letak periuk atas api.
2. Panaskan minyak sapi. Bila panas, masukkan rempah tumis. Wangi sikit, masukkan bahan diblend. Kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan air dan susu yang bercampur dengan orange tadi. Masukkan daun pandan. Biarkan hingga mendidih.
4. Pindahkan periuk ke rice cooker.
5. Masukkan beras dan biarkan hingga nasi kering
6. Renjiskan pewarna kuning, masukkan raisins dan badam.
7. Biarkan sehingga nasi masak betul barulah dikacau. Nanti nasi akan jadi dwi warna - putih dan kuning.

Acar Darat

Bahan :
1 biji nenas
2 biji timun
2 biji cili merah
2 biji bawang besar
1 sudu besar udang kering, rendam dalam air panas dan tumbuk
sedikit garam, sedikit gula

Cara :
1. Buang kulit nenas, potong dan hiris keping-keping kecil
2. Basuh timun, belah 4 dan hiris nipis-nipis
3. Hiris cili merah
4. Hiris bawang besar
5. Dalam mangkuk salad, campurkan semua bahan dan letak garam/gula
6. Sejukkan dalam fridge sebelum di makan.

Kurma Ayam / Daging

Bahan :
1 ekor ayam potong 12
atau
1 kg daging (potong besar-besar)
1/2 kg santan atau santan dari 1 biji kelapa
3 biji kentang
3 biji bawang besar, potong 4
3 biji cili merah (belah 2)
sedikit kacang peas
5 biji bawang merah, hiris, gaul dengan sedikit garam dan goreng, buat bawang goreng
3 sudu besar rempah korma
rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkeh)
minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula

Untuk diblend :
2 biji cili hijau
2 biji tomato merah
sedikit kunyit hidup
6 biji bawang putih
6 biji bawang merah
seketul besar halia

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan rempah tumis hingga wangi
2. Masukkan bahan diblend. Kacau lagi hingga naik minyak.
3. Masukkan rempah kurma'. Kacau lagi hingga wangi.
4. Masukkan ayam atau daging. Kacau dan biarkan sehingga separuh masak. (Masukkan sedikit air jika perlu)
5. Masukkan santan dan masak hingga ayam/daging masak.
6. Masukkan kentang dan biarkan kentang empuk
7. Masukkan cili merah dan bawang besar
8. Letak garam dan gula. Sesuaikan rasanya.
9. Masukkan bawang goreng dan kacang peas.
10. Tutup api

Sesuai dimakan bersama nasi minyak, ayam merah dan acar

Wednesday, May 25, 2005

Pajeri Nenas

1 biji nenas separuh masak
3 biji cili merah
2 sudu besar rempah daging
1/2 cawan santan
2 sudu besar kerisek
1 helai daun kunyit
Minyak untuk menumis
Sedikit garam, sedikit gula

Untuk ditumbuk :
2 sudu besar udang kering
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih

Rempah Tumis
Kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh, bunga lawang

Cara :
1. Buang kulis nenas, potong empat, buang empulur. Hiris keping-keping.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering. Jangan lumat, biar pecah-pecah sahaja.
3. Panaskan minyak
4. Tumis rempah tumis dan masukkan bahan yang telah ditumbuk
5. Kacau hingga wangi dan masukkan rempah daging
6. Kacau sekejap
7. Masukkan nenas dan santan
8. Biarkan mendidih, masukkan kerisek, cili merah yang telah dibelah 2, garam dan gula
9. Biar gula lebih sedikit sebab pajeri kenalah rasanya manis.
10. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
11. Selamat Mencuba !

Acar Daging Berempah

2 batang timun, buang hempulur dan potong.
1 batang carrot, potong panjang (sama macam timun)
2 biji cili merah, belah 2
2 biji cili hijau, belah 2
4 biji bawang besar, potong 4
8 biji bawang putih
300 gm daging, potong kecil-kecil
3 sudu besar rempah kurma
1/2 cawan kerisek
1 cawan asam jawa yang pekat
1 ketul besar kunyit hidup
Minyak untuk menumis

Hiriskan :
1 cawan bawang merah
1 cawan bawang putih

Rempah Tumis
Kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh, bunga lawang

Cara :
1. Siapkan semua sayur. Rendam sebentar dalam air berkapur. Toskan
2. Panaskan minyak. Goreng kedua-dua jenis bawang hiris. Angkat.
3. Masukkan rempah tumis dan goreng sebentar.
4. Masukkan rempah kurma yang telah dicampurkan dengan kunyit hidup yg telah diblend tadi.
5. Kacau hingga wangi. Masukkan daging.
6. Bila daging empuk, masukkan ais asam jawa. Kacau.
7. Masukkan garam dan gula. Acar mestilah seimbang masin, manis dan masam.Masukkan bawang putih.
8. Bila mendidih, masukkan semua sayur. Kacau hingga sayur layu.
9. Taburkan dengan bawang goreng.

Saturday, May 14, 2005

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Kobis Asin

Bahan :
1 kg daging
1/2 kilo santan
1 peket kobis asin, potong kecil-kecil
5 batang serai
1 helai daun kunyit
4 biji limau kasturi, perah dan ambil airnya
sedikit garam

Bahan kisar:
2 cawan cili padi
2 ketul kunyit hidup

Cara:
1. Potong daging kepada 4 bahagian.Basuh daging dan toskan airnya. Salaikan (panggang) dalam oven atau atas kuali tosey. Salai hingga separuh masak.
2. Potong daging kecil-kecil, jangan basuh
3. Dalam periuk, masukkan bahan kisar, daging panggang, santan dan serai
4. Letak periuk atas api
5. Bila mendidih, masukkan kobis asin, daun kunyit, garam dan air limau
6. Biar mendidih sekali lagi dan tutup api.

Ayam Masak Merah

Bahan:
1 ekor ayam, potong 12. Bersihkan.
1 cawan santan
1 cawan raisins
2 biji kentang, potong wedges, goreng dalam minyak banyak dan toskan
1 batang carrot, potong-potong
1/2 cawan kerisek
Minyak untuk menumis
Sedikit rempah tumis - kayu manis, buah pelaga, cengkeh dan bunga lawang
sedikit garam, sedikit gula

Bahan kisar
2 cawan cili
5 batang serai,
1 ketul lengkuas,
12 biji bawang merah
8 biji bawang putih

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan rempah tumis dan masukkan bahan kisar.
2. Setelah naik minyak, masukkan ayam.
3. Kacau hingga ayam sedikit masak.
4. Masukkan santan dan kacau hingga ayam masak. Masukkan garam dan gula
5. Masukkan raisins, kerisek, carrot, dan kentang goreng.
6. Kacau sekejap dan tutup api

Daging Masak Kicap Berempah Pedas

Bahan :
1 kg daging, potong dan bersihkan
5 biji buah tomato merah, potong wedges
10 biji bawang besar, hiris bulat-bulat
1 pokok daun bawang, bersihkan dan potong kasar-kasar
2 cawan kicap manis kipas udang
8 biji limau kasturi, perah dan tapis airnya
Minyak untuk menumis
sedikit garam, sedikit gula jika perlu

Bahan Kisar
1 cawan cili padi
8 biji bawang putih
10 biji bawang merah
1 ketul halia
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar lada hitam

Cara:
1. Panaskan kuali dan bubuh minyak
2. Minyak panas, tumiskan bahan kisar. Kacau hingga rempah masak dan wangi.
3. Masukkan daging, kacau dan tutup.
4. Masukkan sedikit air dan masak hingga daging empuk
5. Masukkan kicap, air perahan limau, bawang besar dan tomato
6. Kacau dan rasa masin manisnya
7. Jika perlu, masukkan sedikit garam dan gula
8. Masukkan daun bawang, kacau dan tutup api.

Tuesday, May 10, 2005

Nasi Goreng Tuna

Image hosted by TinyPic.com



Bahan :
2 pinggan nasi
1 tin tuna flakes in oil
2 sudu besar cili blend
3 biji bawang putih
1 biji tomato, hiris-hiris
2 biji telur
sedikit garam
minyak untuk menumis

Cara :
1. Masukkan tuna dalam tapis dan toskan minyaknya
2. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak untuk menumis
3. Masukkan bawang putih. Kacau hingga wangi
4. Masukkan cili dan kacau lagi hingga naik minyak
5. Masukkan tuna. Kacau lagi hingga tuna dah bercampur dengan cili
6. Masukkan sedikit garam dan buah tomato yang telah dihiris.
7. Masukkan nasi dan kacau rata hingga nasi masak
8. Ketepikan nasi dan masukkan telur
9. Seletkan telur pada tepi kuali supaya telur masak.
10. Kacau rata semuanya.
11. Siapkan untuk dimakan. Hidangkan dengan kicap cili api, yummy !

Kuah Kicap Cili Padi

Image hosted by TinyPic.com



Bahan :
1 cawan cili padi
6 biji bawang putih, buang kulit
6 biji bawang merah, buang kulit dan hiris
2 cawan kicap manis kipas udang
1/2 cawan air masak
6 biji limau kasturi (limau sambal belacan tuh)
sedikit minyak

Cara :
1. Panaskan minyak
2. Goreng bawang merah hingga garing. Angkat
3. Masukkan pula bawang putih dan goreng hingga masak. Angkat
4. Masukkan cili padi dan goreng sebentar sahaja
5. Masukkan semua bahan kecuali limau dalam blender dan blend
6. Perahkan limau.

*** Kalau anda jenis yang suka pedas, bolehlah tambah lagi jumlah cili padi. Kuah kicap ni, makanan istimewa orang Johor.

Makan bersama mee goreng, meehoon goreng, goreng pisang, goreng tempe, goreng keledek, mee siput dll.

Monday, May 02, 2005

Mee Siam

Image hosted by TinyPic.com


Bahan :
1 pkt meehoon, rendam 2 jam dan toskan
2 batang sawi
1 mangkuk taugeh, bersihkan
1 mangkuk daun kucai yang telah dipotong
1 cawan udang, buang kulit dan bersihkan
3 sudu besar udang kering, bersihkan dan tumbuk lumat
4 keping tauhu, hiris dan goreng
1/2 cawan taucu
1 cawan air asam (jgn pekat, air asam yang cair)
1 cawan air sejuk
Sedikit garam, sedikit gula
1/2 cawan cili + 4 biji bawang putih + 5 biji bawang merah, diblend
Minyak untuk menumis

Cara :
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend hingga wangi
2. Masukkan udang, air sejuk, air asam, gula dan taucu
3. Biarkan mendidih dan masukkan tauhu, udang kering dan sawi
4. Rasa masinnya, jangan masukkan garam jika taucu dah cukup masin
5. Masukkan meehoon.
6. Masukkan kucai dan taugeh
7. Kacau hingga meehoon cukup masak.
8. Hidangkan dengan hiasan telur rebus, daun bawang dan bawang goreng.

*** Mangkuk disini ialah mangkuk sup / nasi cina ye puan-puan. Bukan mangkuk lauk atau mangkuk nasi tambah.

Friday, April 08, 2005

Salads

Salad Mudah

2 kentang, potong kiub dan rebus
1 batang carrot atau satu cawan baby carrot, potong kiub
6 batang kacang buncis, potong-potong dan rebus
1 biji timun, buang tengahnya, potong kiub dan letak dalam ais (tos hanya bila nak campurkan dengan sayur lain)
1 peket jagung muda, potong-potong dan rebus
2 biji telur, rebus, potong wedges
1/2 cawan mayonaise
3 sudu besar sos cili

1. Campurkan semua sayur dalam mangkuk salad dan gaul rata (A)
2. Gaul mayonaise dan cili sos (B)
3. Campurkan (A) dan (B)
4. Hiaskan dengan potongan telur rebus

Salad Kentang dan Tuna

3 kentang, potong wedges dan rebus
1 cawan timun yang dipotong julienne (strips gitu), sejukkan dalam ais
1 biji cili merah, buang biji dan cincang
1 biji limau kasturi, perah airnya
1 tin tuna in oil, buang minyaknya
2 sudu besar mayonaise

1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk salad. Hidangkan.

Wednesday, January 26, 2005

Biskut Badam



1 kg tepung gandum
500 gm almond flakes (bakar sampai kuning dalam oven)
400 gm gula ising
sedikit garam
500 gm minyak jagung

Cara:
1. Ayak tepung gandum, gula ising dan garam 2 kali
2. Campurkan badam hiris. Gaul hingga rata
3. Basahkan adunan dengan minyak mazola
4. 'Roll'kan sedikit-sedikit adunan hingga menjadi macam 'sausage' yang panjang. Potong-potong. (Buat macam rupa biskut

kacang yang jual di kedai tu)
5. Bakar hingga kuning.
6. Biskut ni sedap, tapi rupa dia tak cantik. Cubalah. Serius sedap - 'melt in ur mouth gitu!

Saturday, January 22, 2005

Bread and Butter Pudding




3/4 tin susu sejat Ideal
5 biji telur2 gelas air
3 sudu besar gula pasir
5 keping roti bersapu butter, potong kecil-kecil
sedikit garam
sedikit esen vanilla

Caramelnya
3/4 cawan gula pasir
5 sudu besar air

Cara:
1. Dalam periuk yg tebal panaskan gula pasir hingga jadi caramel. Masukkan air dan kacau.
2. Masukkan caramel dalam loyang/pyrex baking dish
3. Pukul gula dan telur hingga gula hancur. Jangan sampai naik. Pukul setakat untuk hancurkan gula sahaja. Masukkan susu, garam dan air.
4. Masukkan roti dan masukkan campuran susu tadi.
5. Kukus selama 20 minit.
6. Sedap makan jika disejukkan terlabih dahulu

*** Kalau suka, boleh letak raisins atau ceri merah. Resepi ni senang dan masuk dalam kategori 'sure jadik punya'

Soto Ayam



Kuah soto
1 ekor ayam belah 4, buangkan kulit dan lemak-lemak
2 batang serai
Bahan tumis (dikisar) :
5 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 keping lengkuas
sedikit halia
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit kunyit
minyak untuk menumis
rempah tumis - (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh dan buah pelaga)
2 biji kiub ayam Knorr
4 peket Nasi Impit (rebus, sejukkan dan potong kiub)
1 peket kecil Soohoon digoreng (jgn basuh soohoon, goreng kering-kering gitu)
sedikit bawang goreng
sedikit daun sup
sedikit daun bawang
telur rebus (jika suka)
keropok keping yang sudah digoreng
Kicap cili padi:
segenggam cili padi
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1/2 cawan kicap
2 biji limau kasturi

1. Goreng cili padi, bawang merah dan bawang putih dalam sedikit minyak dan kisar.
2. Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi

Cara:
1. Dalam periuk yang besar, panaskan minyak dan tumis rempah tumis, bahan tumis hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan air sehingga ayam tenggelam
3. Rebus hingga ayam betul-betul empuk
4. Keluarkan ayam dan sejukkan sebentar sebelum disiat-siat. Guna garfu untuk siat ayam.
5. Masukkan soohoon yang telah digoreng kedalam kuah soto.
6. Masukkan pula kiub ayam, sedikit garam dan sedikit gula.
7. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
8. Cara menghidang:
Dalam mangkuk hidang, letakkan potongan nasi impit, ayam yang telah disiat dan curahkan kuah soto
9. Hias dengan daun bawang dan daun sup
10. Letakkan benda-benda lain dalam bekas lain dan hidangkan sama.