Thursday, August 11, 2005

Nasi Goreng Kampung

(Untuk 2 orang)
Bahan :
2 mangkuk sup nasi putih (mangkuk nasi cina)
3 biji bawang putih
8 biji cili padi (nak pedas lagi, tambah), blend dengan bawang putih
1 bawang besar, hiris
1/2 cawan ikan bilis, goreng hingga separuh garing
2 batang kacang panjang (hiris halus-halus, hiris bulat ye)
2 biji telur
sedikit garam dan gula
minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak.
2. Bila minyak dah panas, tumiskan campuran bawang putih dan cili padi. Kacau hingga naik minyak. Masukkan bawang besar hiris dan kacau. Masukkan garam dan gula. Kacau sebentar.
3. Masukkan nasi, hirisan kacang panjang dan ikan bilis.
4, Kacau hingga nasi masak. Nak tahu samada sudah masak atau tidak, biji-biji nasi akan melompat-lompat sikit.
5. Pecahkan telur kat tepi kuali.(tepi dalam kuali tu ye) Seletkan telur tepi kuali tu, dah kacaukan ke nasi goreng.
6. Kacau lagi hingga rata.
7. Siap untuk makan !

Wednesday, August 10, 2005

Kek Pisang




Ahad lepas, hancurkan pisang untuk buat jemput-jemput (cekodok). Tengok dalam tin tepung, tepung habis. Alahai ! Yang ada self-raising flour. Maka, saya pun godek jerlah dan buat cake pisang :)


Bahan :
1 gelas pisang yang telah dihancurkan (gunalah pisang apapun. saya guna pisang emas)
2 gelas tepung naik sendiri (MFM ke, apa brand pun boleh)
3/4 gelas gula castor
1 buku butter
1 sudu kecil rata halus
5 biji telur besar
sedikit badam atau apa-apa nuts pun boleh jika suka.
1 sudu kecil esen pisang (kalau ada, kalau tak letak esen pun tak pe)
Tin kek yang telah dilapisi aluminium foil dan dilenser dengan margarin

Cara :
1. Pukul butter dan gula hingga putih
2. Masukkan telur ( one at a time)
3. Bila dah kembang, masukkan pisang dan tepung, sedikit demi sedikit hingga habis. (Jangan pukul lama, cukup sekadar rata)
4. Masukkan nuts dan esen. Pukul sebentar.
5. Masukkan adunan dalam tin kek
6. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam dalam oven yang panasnya 180 darjah.

Untuk resepi Mat Salleh punya klik sini

Tuesday, August 02, 2005

Biskut Nestum Kacang

2 cawan nestum
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan kacang tanah yg telah digoreng dan ditumbuk kasar-kasar
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh baking powder
2 kuning telur
4 sudu besar margarine
1 kuning telur, pukul, Ini untuk sapu atas biskut.

Cara:
1. Ayak tepung dan baking powder. Masukkan nestum dan kacang tumbuk, gaulkan. (Bahan A)
1. Pukul margarine dan gula hingga putih
2. Masukkan kuning telur dan pukul sebentar
3. Masukkan Bahan A, sedikit demi sedikit
4. Uli sehingga semuanya bergaul rata. Sebentar sahaja ye.
5. Ambil sedikit demi sedikit, bulat-bulatkan sebesar guli kecil.
6. Sapukan dengan kuning telur dan bakar dalam oven 180 darjah selama 15-20 minit.