Wednesday, January 26, 2005

Biskut Badam



1 kg tepung gandum
500 gm almond flakes (bakar sampai kuning dalam oven)
400 gm gula ising
sedikit garam
500 gm minyak jagung

Cara:
1. Ayak tepung gandum, gula ising dan garam 2 kali
2. Campurkan badam hiris. Gaul hingga rata
3. Basahkan adunan dengan minyak mazola
4. 'Roll'kan sedikit-sedikit adunan hingga menjadi macam 'sausage' yang panjang. Potong-potong. (Buat macam rupa biskut

kacang yang jual di kedai tu)
5. Bakar hingga kuning.
6. Biskut ni sedap, tapi rupa dia tak cantik. Cubalah. Serius sedap - 'melt in ur mouth gitu!

Saturday, January 22, 2005

Bread and Butter Pudding




3/4 tin susu sejat Ideal
5 biji telur2 gelas air
3 sudu besar gula pasir
5 keping roti bersapu butter, potong kecil-kecil
sedikit garam
sedikit esen vanilla

Caramelnya
3/4 cawan gula pasir
5 sudu besar air

Cara:
1. Dalam periuk yg tebal panaskan gula pasir hingga jadi caramel. Masukkan air dan kacau.
2. Masukkan caramel dalam loyang/pyrex baking dish
3. Pukul gula dan telur hingga gula hancur. Jangan sampai naik. Pukul setakat untuk hancurkan gula sahaja. Masukkan susu, garam dan air.
4. Masukkan roti dan masukkan campuran susu tadi.
5. Kukus selama 20 minit.
6. Sedap makan jika disejukkan terlabih dahulu

*** Kalau suka, boleh letak raisins atau ceri merah. Resepi ni senang dan masuk dalam kategori 'sure jadik punya'

Soto Ayam



Kuah soto
1 ekor ayam belah 4, buangkan kulit dan lemak-lemak
2 batang serai
Bahan tumis (dikisar) :
5 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 keping lengkuas
sedikit halia
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit kunyit
minyak untuk menumis
rempah tumis - (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh dan buah pelaga)
2 biji kiub ayam Knorr
4 peket Nasi Impit (rebus, sejukkan dan potong kiub)
1 peket kecil Soohoon digoreng (jgn basuh soohoon, goreng kering-kering gitu)
sedikit bawang goreng
sedikit daun sup
sedikit daun bawang
telur rebus (jika suka)
keropok keping yang sudah digoreng
Kicap cili padi:
segenggam cili padi
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1/2 cawan kicap
2 biji limau kasturi

1. Goreng cili padi, bawang merah dan bawang putih dalam sedikit minyak dan kisar.
2. Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi

Cara:
1. Dalam periuk yang besar, panaskan minyak dan tumis rempah tumis, bahan tumis hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan air sehingga ayam tenggelam
3. Rebus hingga ayam betul-betul empuk
4. Keluarkan ayam dan sejukkan sebentar sebelum disiat-siat. Guna garfu untuk siat ayam.
5. Masukkan soohoon yang telah digoreng kedalam kuah soto.
6. Masukkan pula kiub ayam, sedikit garam dan sedikit gula.
7. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
8. Cara menghidang:
Dalam mangkuk hidang, letakkan potongan nasi impit, ayam yang telah disiat dan curahkan kuah soto
9. Hias dengan daun bawang dan daun sup
10. Letakkan benda-benda lain dalam bekas lain dan hidangkan sama.