Sunday, October 24, 2004

London Almond Cookies



Bahan:

250 gm mentega
130 gm gula icing
450 gm cookie flour atau tepung hongkong
2 kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
badam (toasted whole almonds)
badam (toasted nibbed almonds)
cooking chocolate (putih dan biasa)
paper cups

Cara:
1. Pukul mentega dengan gula icing hingga kembang dan ringan
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul sebentar
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Ambil sedikit tepung dan masukkan badam didalamnya. Buat bujur-bujur. Habiskan dan bakar dengan api 180C selama 15 minit.
5. Sejukkan dan bahagi kepada 2 bahagian. (Resepi ini menghasilkan lebih kurang 110 cookies)
6. Cairkan chocolate biasa dalam double boiler. Kalau tak de, panaskan air dalam fryingpan dan letak periuk bertangkai atasnya. Bila chocolate telah cair sempurna, celupkan cookies yang telah sejuk, masukkan dalam paper cup dan hiaskan dengan nibbed almond. Buat hingga habis separuh cookies. Ulangi proses yang sama dengan white chocolate, tp letak thousand-thousand (chocolate rice yg kaler-kaler tu)

Wednesday, October 13, 2004

Lopes Mudah

Bahan kuih :
2 cawan pulut (basuh dan rendam semalaman)
2 cawan santan
sedikit garam
daun pandan dikisar dan perah airnya sebanyak 1/4 cawan
kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam
tutup plastik dari botol nescafe saiz paling kecil
sehelai plastik

Air Gula
1/2 buku gula melaka
2 sudu besar gula pasir
sehelai daun pandan diikat
Cara:
Masukkan semua dalam periuk dan masak hingga mendidih dan gula hancur.


Cara:
1. Dalam periuk elektrik, masukkan semua bahan kuih dan 'on'kan periuk.
Kacau sesekali.
2. Bila pulut dah masak, ambil tutup nesafe, alas dengan plastik (senang nak keluarkan kuih, tak melekat) dan masukkan sesudu pulut atau sehingga bekas tu penuh. Tekankan pulut hingga padat. Dah padat, keluarkan, terbalikkan dan tekan semula. (Mesti tekan both sides supaya pulut tu padat.) Keluarkan dan golekkan dalam kelapa parut.
3. Hidangkan dengan air gula.

*** Ini adalah hidangan lopes mudah. Kalau lopes tradisional agak rumit, kena bungkus dalam daaun pisang dan rebus. Banyak kerja dan leceh ! :)))

Kuih Badak Keledek dan Kuih Keria

500 gm keledek putih
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi

Serunding Badak :
1 cawan kelapa parut putih
2 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 batang serai
sedikit lengkuas
2 sudu besar udang kering
sehelai daun kunyit
1 sudu kecil minyak masak
sedikit garam, sedikit gula

Sira Keria
3 sudu besar gula pasir
Sedikit air

Cara buat kuihnya
1. Rebus keledek hingga empuk dan lembut
2. Tumbuk keledek hingga hancur, uli dengan kedua tepung. Jangan letak air jika mahukan kuih yang lembut.
3. Bahagikan kepada dua bahagian
4. Untuk keria, gelek hingga jadi sosej yang besar. Potong-potong sehingga sebesar kuih yang anda mahu. Buatkan kuih seperti bentuk doughnut. Bila siap boleh goreng dan sirakan.
5. Untuk badak, potong juga supaya anda mendapat kuih yang sama saiznya. Tekan atas tapak tangan, masukkan serunding, tutup dan bentukkannya. Letakkan seekor udang hidup kecil jika mahu. Goreng kuih.

Cara buat serunding
1. Kisar halus semua bahan kecuali minyak, kepala parut dan daun kunyit.
2. Dalam kuali, masukkan semua bahan kecuali daun kunyit.
3. Masak hingga kering dan berminyak dan masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
4. Masak sebentar lagi.

Sira Keria
2. Dalam kuali, masukkan air dan gula. Masak hingga gula berhablur. Masukkan kuih yang telah digoreng, kacau rata perlahan-lahan.

Talam Suji



Lapis atas :
1 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula merah atau gula melaka
sedikit garam

Lapis bawah :
1 cawan tepung suji
3 cawan santan (guna kelapa lebihan santan pekat tadi)
1/2 cawan gula pasir (atau secukup rasa anda)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga masak.
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 5-7 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas. Tuangkan atas lapis bawah dan kukus lagi selama 15 minit.

Monday, October 11, 2004

Bubur Daging

1 cawan beras wangi
7 cawan air
1/2 peket daging cincang Ramly
sedikit udang kering
sedikit halia
3 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah (hiris, gaul dengan sedikit garam dan goreng, buat bawang goreng)
1 sudu besar rempah sup serbuk Adabi
sedikit daun bawang dan daun sup
sedikit minyak bijan (jika suka)
garam ikut rasa



Cara:
1. Basuh beras, masukkan air dan masak dengan hingga jadi betul-betul kembang. Gunakan periuk besar.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia tumbuk.
3. Dah wangi masukkan udang kering dan daging cincang. Masukkan rempah sup serbuk. Masukkan semua dalam periuk besar tadi.
4. Masak sebentar lagi.
5. Masukkan garam dan minyak bijan.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
7. Hidangkan dengan kicap cair.

Selamat mencuba !

Buah Melaka @ Onde-onde


Bahan :
1/2 peket tepung pulut
1/2 buku gula melaka
1/2 biji kelapa parut (buang kulit ari)
5 helai daun pandan, blend dengan 3/4 cawan air sejuk
sedikit garam

Cara:
1. Uli tepung pulut dengan air pandan. Hingga jadi doh yang boleh dibentuk. Kalau kurang air/tepung sila tambah.
2. Potong gula melaka jadi kiub-kiub
3. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih
4. Ambil tepung sebesar guli, buatkan lubang ditengah dan masukkan gula melaka.
5. Kecilkan api air dalam periuk tadi dan masukkan kuih.
6. Buat lagi hingga habis semua tepung.
7. Bila kuih dah masak ianya akan terapung. Ceduk dan masukkan dalam kelapa parut yang telah digaul rata dengan sedikit garam.

Selamat mencuba !